Tuesday, May 19, 2009

0

Velvet Selamat Lahirkan Anak?

14-May-2009 | Oleh: Murai Batu




KL 14 MEI 2009: Selepas musim artis kita mengandung, sekarang musim artis nak melahirkan anak pula. Antara yang tengah sarat mengandung adalah deejay Sharifah Aleya yang hamil anak kembar macam Ziana Zain, Rosma AF1, Sharifah Shahira dan Noorkhiriah.


Apa yang Murai Batu perasan, artis yang mengandung itu rata-ratanya bersuamikan selebriti juga. Contohnya Aleya bersuamikan Ashraff (pretty Ugly), Rosma (Khai AF1) dan Sharifah Shahira (Ijoy).


Terbaru sekali, Murai Batu terdengar cerita mengatakan Velvet AF4 yang berkahwin dengan Rich Estranged telah pun melahirkan anak mereka, baru-baru ini. Waaa, tahniahlah! Namun faham sajalah, berita Velvet itu tidak mahu dihebahkan sangat sebab mereka berkahwin pun dulu secara tertutup saja untuk saudara mara dan rakan terdekat.


Seorang lagi artis yang menjadi ayah adalah Malique bekas anggota Too Phat yang berkahwin dengan Melissa Maureen. Berita baik itu telah pun diuar-uarkan sedikit pada malam AIM16 yang lalu. Kalau Rich kahwin senyap-senyap di Kota Kinabalu, Malique pula berkahwin secara tertutup di Pulau Bali.


Jadi pada kesempatan ini, Murai Batu nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah menjadi ayah dan ibu.

0

Dato Siti Dah Cipta Rekod Dunia?


30-Apr-2009 | Oleh: Murai Batu

KL, 30 APRIL 2009: Hah, mungkin ada yang terkejut melihat tajuk berita yang Murai Batu tulis ni. Kenapa? Tak Percaya? Kalau tak percaya, Murai Batu nak nyanyikan lagu "Percayalah....." kepada korang.

Siti dah cipta rekod dunia? Rekod apa tu?

Sebenarnya ia adalah rekod Siti menenangi kategori Penyanyi Wanita Popular sebanyak 12 KALI BERTURUT-TURUT dalam sebuah anugerah berprestij pilihan peminat! Gelaran itu pastinya menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sudah 22 kali dianjurkan.

Pada kajian Murai Batu, mana ada award dalam dunia ini yang menyaksikan seseorang artis itu menang 12 kali atau 12 tahun berturut-turut gelaran yang sama pilihan peminat. Rasanya, Whitney Houston, Mariah Carey, Shah Rukh Khan atau Michael Jackson pun tak pernah kot?



Tapi Murai Batu perlukan bantuan semua peminat untuk tolong semak kenyataan Murai Batu ini. Mana tahu kalau-kalau ada artis yang tidak pernah kita tahu di Russia ke, Alaska ke atau mana-mana ceruk negara di dunia ini mencipta kejayaan sebagaimana Dato Siti. Murai Batu sangat-sangat menghargai bantuan korang tu dan sedia membetulkan fakta ini demi kebaikan bersama.

Mendengar kata-kata Murai Batu itu, editor murai.com.my pun terus menghubungi Pengerusi ABPBH iaitu Kak Cham.

"Terima kasihlah kepada Murai Batu kerana mengutarakan perkara ini. Kita akan semak fakta itu dulu. Kita sedar di peringkat Malaysia dan negara serantau, Siti sudah mencipta rekod baru. Cuma sekarang kita akan mengusulkan perkara ini kepada pihak Malaysia Book of Records dan seterusnya Guiness Book of World Records tentang kejayaan Dato' Siti dalam ABPBH.

"Selama ini memang Siti terus mendapat sokongan peminat dan inilah satu-satunya anugerah yang memberikan seratus peratus kebebasan kepada peminat untuk mengundi kejayaan artis pujaan mereka.

"Kalau benarlah Siti telah mencipta rekod dunia, ia satu kejayaan yang manis buat Malaysia," kata Kak Cham dengan teruja. Haa, tapi ingat, jangan lupa , Murai Batu masih memerlukan bantuan korang juga untuk menyemak fakta sebelum pengumuman rasmi dibuat. Cayalah Dato Siti!

Tuesday, May 12, 2009

0

Inilah Wajah Bayi Erra Fazira!

11-May-2009 | Oleh: Haswari Ali



Teks oleh Haswari Ali


KUALA LUMPUR, 11 MEI 2009:
Usianya kini lebih sebulan dan yang pasti, bayi yang anda tatap di atas itu adalah Engku Aleesya - buah hati pengarang jantung pasangan popular Erra Fazira Wan Chek dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin!


Rasanya inilah pertama kali wajah anak Erra dan Emran itu disiarkan untuk tatapan peminat dan murai.com.my gembira dapat berkongsi gambar Engku Aleesya yang comel itu dengan semua pengunjung portal hiburan paling sensasi ini. Tentunya Aleesya kini semakin cerdik seperti mana mama dan papanya itu.


Gambar di sebelah kanan pula adalah gambar sekumpulan wartawan dan editor hiburan yang meraikan ulang tahun hari jadi Erra secara surprise pada Februari lalu di kediaman pelakon cantik itu. Ketika itu Erra yang masih lagi sarat, sempat memangku bayi rakannya. Mungkin ketika sedang berlatih cara-cara mendukung anak!




Kalau mengikut perancangan, Erra dan Emran hanya ingin mendedahkan wajah Aleesya ketika upacara mencukur jambul selepas pantang tidak lama lagi tetapi murai.com.my telah berjaya mendapatkan gambar Aleesya terlebih dulu daripada seorang kenalan rapat.


Ketika ini Erra sedang memulihkan susuk tubuhnya dan dia dijangka akan kembali aktif dalam bidang seni apabila benar-benar bersedia. Kita ucapkan tahniah kepada pasangan Erra dan Emran yang berjaya mencapai impian mereka dalam berumah tangga apatah lagi dengan kelahiran Aleesya.