Friday, January 16, 2009

0

Akhirnya Memey Bersuara Kembali...

14-Jan-2009 | Oleh: Ellyna Ali



Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 14 JAN 2008: Pelakon Memey Suhaiza tidak selamanya mahu bersembunyi. Selepas hampir 2 bulan menyepi, dia akhirnya tampil semula ke depan untuk menjawab segala persoalan yang belum terungkai.

Memey yang ditemui di Sri Pentas semalam akui dia bukan sengaja hendak menyorok atau mendiamkan diri dan bukan pula mahu mengelakkan daripada menjawab soalan kontroversi sehingga Norman Hakim bercerai dengan Abby Abadi.

"Apabila benda tengah panas, saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya tidak mahu menghiriskan hati pihak terbabit. Lagipun saya tidak pernah berdepan dengan kontroversi seperti ini. Jadi, berdiam diri adalah cara terbaik dan ia juga atas nasihat keluarga.



"Tapi, semakin saya berdiam diri, makin memuncak pula kemarahan masyarakat terhadap saya. Semua menuding jari menyalahkan saya dengan macam-macam kutukan dan cercaan. Ada yang anggap saya takut berdepan dengan masyarakat.

"Saya hanya perlukan masa. Biar semua reda dulu. Saya mahu cari ketenangan, dan mengumpul kembali kekuatan semula. Saya sedar lambat laun saya kena berdepan dengan semua orang," kata Memey.

Sambung Memey lagi: "Bagi saya apa yang telah berlaku ini satu ujian daripada Allah SWT. Saya pun sedih apabila semua orang hanya meletakkan kesalahan 100 peratus kepada saya. Memang saya akui dalam soal ini saya turut bersalah. Tapi, tak adil saya dituduh menjadi punca utama. Tapi, hendak buat macam mana. Memang dah begitu pandangan orang.

"Apapun Tuhan sudah pun menghukum saya di atas kesilapan yang saya lakukan dulu. Kes tangkap khalwat yang membabitkan saya dengan Norman sudah cukup jelas kepada masyarakat untuk menganggap kami sebagai penipu kerana tidak mengakui mengenali antara satu sama lain."


Tak Tolak Jodoh Dengan Norman

Memey yang kelihatan cantik mengenakan kurung moden merah jambu akui segala telah berlaku terutama kes tangkap khalwat itu memberikan pengajaran.

"Tapi, apabila ia sudah berlaku, saya tidak punya pilihan lain, melainkan terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut. Saya juga tidak minta apa yang terjadi sehingga ia akan mencetuskan perceraian antara Norman dan Abby.

"Terus terang apabila Norman mempertahankan diri saya di depan Abby, saya terasa ia memang tidak adil buat Abby sendiri. Saya tidak tahu mengapa Norman berbuat demikian. Dia tentu ada alasan untuk mempertahankan saya. Tapi, keadaan itu membuatkan saya semakin banyak dihentam," katanya.

Apabila ditanya kenapa dia tidak terus mengelakkan diri daripada berjumpa atau berhubung dengan Norman pada saat berlakunya masalah rumahtangga Norman dengan Abby, Memey berkata, dia sebenarnya bekerja dengan aktor itu.

"Jadi takkanlah saya nak undur diri pula? Saya tidak boleh back off macam gitu saja. Tapi, rupa-rupanya perkara itu mengundang lagi salah tafsir," ujarnya.

Begitu pun, Memey berkeras menafikan bahawa dia dan Norman sudah menikah di sempadan Thailand sebagaimana yang dilaporkan segelintir pihak.

"Perkara itu sama sekali tidak benar dan hanya sekadar spekulasi saja, Mungkin ada orang cuba menangguk di air keruh terhadap kontroversi kami," katanya.

Namun, dia tidak akan menolak andainya sudah tersurat pada satu hari nanti, Norman adalah jodohnya.

"Semuanya kuasa Tuhan. Kalau Tuhan dah tentukan, saya tidak boleh menolaknya. Tapi, buat masa ini kami terus berkawan saja," katanya.


Masih Terhutang maaf berdepan dengan Abby

Jauh di sudut hatinya, Memey memang dia mahu berjumpa dengan Abby untuk memohon maaf dan keampunan secara berdepan.

"Sebenarnya saya sudah meminta maaf menerusi media. Tapi, maklum balas yang diterima adalah sebaliknya. Tapi, saya tetap akan berusahakan untuk bertemu dengan Abby. Tapi, saya faham Abby perlukan masa," katanya.

Jelas Memey, lagi kalau boleh dia ingin menyelesaikan semua masalah dengan segera kerana dia mahu memulakan semula kehidupan barunya.

"Lagipun saya tidak mahu dicop sebagai pelakon kontroversi. Percayalah ia bukannya satu pencapaian yang membanggakan. Saya masuk dalam bidang ini dengan matlamat untuk berjaya sebagai anak seni. Jadi kalau boleh saya mahu diberikan peluang kedua.

"Alhamdulillah, masih banyak lagi produser menawarkan peluang berlakon dalam produksi mereka. Malah, waktu saya berdiam diri pun masih ada tawaran yang datang, cuma saya yang tak sedia menerimanya.

"Sekarang saya mahu teruskan semula perjuangan yang ada dan saya juga tidak mahu mensia-siakan bakat. Andai kata saya ditakdirkan berlakon dengan Abby pun, saya akan terima," katanya.

0

Waheeda Akui Tengok Wayang, Tapi Lain Filem...

14-Jan-2009 | Oleh: Murai Batu




KL, 14 JAN 2009: Berkali-kali Murai Batu baca semula rencana gosip yang Murai Batu tulis sendiri tentang Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy yang disiarkan dalam portal ini pada 7 Januari lalu.

Bukan apa, Murai Batu nak pastikan apa yang Murai Batu tulis. Kalau anda hendakkan kepastian, bacalah kembali gosip itu. Kalau rasa malas hendak buka arkib itu, di sini Murai Batu turunkan sendiri petikan tulisan itu.

Antara yang Murai Batu cakap adalah "Nak tengok wayang bukannya satu crime (kesalahan/ jenayah dsb) sebab Murai Batu pun kaki wayang. Tentang gosip dia orang berkahwin atau tidak, Murai Batu sendiri tak pernah ambil pot (peduli) tapi janganlah menafikan sangat ada hubungan (bermaksud kawan, persahabatan dsb)."

Baiklah. Pagi tadi Murai Batu sudah membaca penjelasan daripada Waheeda kepada Hip, Berita Harian. Murai Batu tersentak dan kemudian tersenyum sendirian.

Murai Batu ingatkan Waheeda hendak menafikan bahawa dia TIDAK PERNAH keluar menonton wayang bersama Ustaz Akhil pada malam itu. Rupanya Waheeda akui dia MEMANG pergi menonton wayang di panggung itu cuma filem yang ditonton berbeza dan yang mengejutkan, mereka akhirnya duduk bersebelahan di dalam panggung yang sama, atas sebab-sebab tertentu seperti yang diceritakan panjang lebar di bawah!

Jadi Murai Batu ingin tegaskan di sini, Murai Batu bukanlah silap orang, jauh sekali mahu mereka cerita dan membuat fitnah. Dan kalau Waheeda berkata dia ada menyimpan tiket filem KM31, Murai Batu pun ada tiket pada malam itu dan kami duduk di Barisan E, satu baris di depan mereka.

Kita sama-samalah menilai apa yang ditulis dalam Berita Harian hari ini. Dan Murai Batu ingin jelaskan di sini, segala komen tentang gosip perkahwinan mereka itu (sama ada benar atau tidak) yang disiarkan dalam murai.com.my adalah komen peminat semata-mata. Perkara ini sudah lama tersebar dalam Internet sejak dulu lagi kerana gosip mereka sudah lama tercetus, bukan pada saat kes menonton wayang ini semata-mata.

Jadi asasnya di sini, Murai Batu sudah mendapat jawapan daripada Waheeda sendiri bahawa kejadian tengok wayang TETAP berlaku pada malam itu, ada drama tersendiri, sebab-musabab dan mereka berdua mungkin sekadar bersahabat selama ini, wallahualam...


Kronologi Wayang di 1 Utama (petikan Hip, Berita Harian)

# Waheeda dan Akhil Hayy menonton wayang pada sebelah malam dan rancangan itu dilakukan pada saat akhir. Waheeda sepatutnya ditemani kawan baiknya, Naurah. Namun Naurah tidak dapat datang pada saat akhir.


# Menurut Waheeda, mereka menonton filem berbeza dalam berlainan panggung. Akil menonton filem IP Man pada jam 11.55 malam manakala Waheeda menonton filem KM31 pada 12.10 tengah malam.


# Mereka datang menaiki kereta milik Waheeda kerana kereta milik Ustaz Akhil mengalami kemalangan teruk di Putrajaya.


# Sebelum menonton wayang pilihan masing-masing, Waheeda mengakui yang dia agak keletihan dan hampir hilang mood untuk menonton wayang hingga membuatkan dirinya membuat keputusan untuk menunggu saja Akhil dalam keretanya sementara menunggu filem IP Man habis ditayangkan.


# Hasrat Waheeda itu membuatkan Akhil berpendapat daripada membahayakan dirinya menunggu seorang diri di dalam kereta, dia sanggup untuk pulang ke rumah dengan menaiki teksi dan menyuruh Waheeda balik dulu ke rumah dengan keretanya.


# Bagaimanapun, Waheeda mengubah fikiran dan menonton filem pilihannya juga sehingga habis kerana tidak mahu membiarkan Akhil pulang dengan teksi.


# Selesai menonton filem IP Man, Akhil masuk ke panggung KM31 beberapa minit sebelum filem tontonan Waheeda berakhir. Dia hanya duduk di tepi tangga di dalam panggung, sebelum Waheeda memanggil Akhil duduk di sebelahnya yang kebetulan kosong.


# Selesai tayangan filem itu, lampu pawagam dinyalakan dan secara jelas kelibat mereka di dalam pawagam kelihatan termasuklah penulis gosip portal murai.com.my yang kebetulan turut berada di tempat yang sama.



MURAI BATU: Tak sangka pula Waheeda mengaku mereka rupanya datang satu kereta. Itu Murai Batu tak pernah tahu, cuma baru baca di Berita Harian.

0

Ustaz Akhil Tak Setuju Dianggap Kantoi

13-Jan-2009 | Oleh: Ellyna Ali



Teks oleh Ellyna Ali
Foto oleh Baung


KUALA LUMPUR, 12 JAN 2008:
Pelbagai reaksi diterima daripada peminat apabila segmen gosip dalam murai.com.my mendedahkan penceramah dan penyanyi Ustaz Akhil Hayy keluar menonton wayang bersama Waheeda di sebuah pawagam, baru-baru ini.

Sungguhpun begitu, gosip tersebut nampaknya tidak begitu disenangi Ustaz Akil kerana ia dianggap mampu menjejaskan kerjaya seninya serta reputasinya sebagai seorang pendakwah.

"Apabila gosip seperti itu dikeluarkan tanpa merujuk kepada empunya diri terlebih dulu, ia bukan saja mampu mengundang salah sangka di kalangan masyarakat, tapi menimbulkan bermacam-macam tanggapan buruk.

"Lebih-lebih apabila tulisan itu menggunakan perkataan kantoi. Terus-terang, ana katakan, ana tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan tersebut. Bagi ana, kantoi itu merujuk kepada sesuatu keadaan di mana seseorang dilihat telah melakukan kesalahan sedangkan ana tidak berada di dalam situasi seperti itu. Jadi kenapa perkataan kantoi itu harus digunakan?



"Kebetulan pula ada ruangan komen disertakan bersama tulisan itu, jadi ia memberikan peluang kepada pembaca untuk mengeluarkan pelbagai komen mereka menerusi ruangan tersebut.

"Sedangkan mereka tidak tahu apa sebenarnya cerita yang berlaku di sebalik menonton wayang itu. Mereka hanya menilai daripada sudut paparan cerita tersebut dan mengambil bulat-bulat apa yang dibaca," katanya sewaktu ditemui murai.com.my pada malam persandingan Mawi & Ekin di Seri Kembangan.

Menurut Ustaz Akil lagi, dia turut kesal kerana Murai Batu tidak bertanyakan lebih lanjut tentang kebenaran serta apa sebenarnya yang berlaku pada waktu itu.

"Ana faham, sebagai selebriti orang akan sentiasa melihat apa yang kita buat. Tapi, sepatutnya penulis gosip itu menghubungi ana dan bertanya betulkah apa yang dilihatnya itu, siapa lagi yang turut berada di situ, insya-Allah, ana akan jelaskan.

"Ana khuatir sekarang masyarakat akan menganggap yang bukan-bukan dan menuduh ana sebagai ustaz yang munafik. Bagaimana ana hendak lontarkan seni dan kerjaya ana sebagai pendakwah lagi?

"Apapun dunia ini sebenarnya cukup luas. Manusia boleh buat apa yang mereka rasa mereka boleh buat. Yang terbaik ialah jangan terus cepat menghukum. Lebih-lebih lagi kalau kita tidak tahu kebenarannya.

"Tanya dulu sebelum menyampaikan kerana kita tidak akan tahu kesan daripada apa yang kita sampaikan itu boleh memberikan impak kepada kerjaya seni serta keluarga seseorang artis atau selebriti itu. Kalau boleh saya juga mahu Murai Batu keluar dari sarangnya," kata Akhil.

Apabila ditanya pula adakah benar bahawa dia dan Waheeda sudah bernikah sebagaimana yang didakwa sendiri oleh ramai peminat mereka, Akhil menjawab, soal nikah atau tidak, biarlah perkara itu menjadi urusan peribadi seseorang artis itu sendiri.

"Tapi, seandainya perkara itu berlaku, takkanlah benda yang baik seperti itu tidak akan diuar-uarkan," katanya.

0

Awan Dania Sama Macam Siri Jepun?

12-Jan-2009 | Oleh: Murai Batu




KL, 12 JAN 2009: Sekarang ramai orang suka tonton drama bersiri Awan Dania yang disiarkan di Astro Ria. Sebabnya, kisah yang ditonjolkan oleh siri ini memang lain daripada yang lain. Ia tentang dunia penerbangan yang selalu kita nampak menarik dan tertarik.

Malah bagi yang tak pernah terbang, mereka pun rasa nak terbang bersama jelitawan Awan Dania. Tapi jangan marah, Murai Batu memang sudah selalu terbang, maklum sajalah, nama pun dah burung. Dan Murai Batu pun suka sangat siri itu dan selalu tengok dengan anak-anak buah.

Tapi di sebalik populariti siri itu, Murai Batu dikhabarkan oleh pula segelintir peminat fanatik yang mengatakan jalan cerita dan watak dalam drama bersiri itu mirip drama bersiri berbahasa Jepun, Attention Please. Hai, betul ke?



Katanya, kerana terlalu minat dengan drama Jepun itu, dia sudah membeli DVD siri berkenaan sebagai koleksi peribadi.

Kata peminat itu, watak utama Awan Dania lakonan Scha Al-Yahya tidak banyak bezanya dengan watak utama Attention Please iaitu Misaki Yoko (lakonan Ueto Aya). Dia seorang yang kasar dan berperwatakan macam tomboy.

"Seperti Attention Please, Awan Dania pun ada watak pramugari sombong yang datang dari keluarga berada. Cuma bezanya, produksi tempatan tidak menunjukkan situasi lebih mendalam ketika bertugas dalam pesawat dan babak cintanya pun tidak dikembangkan sehebat Attention Please," katanya.

Bagi Murai Batulah, semua itu tak menjadi kisah. Dalam dunia hiburan, memang sudah banyak drama dan filem ada kes persamaan. Yang penting, cara olahannya kena menarik, penonton terhibur dan kisahnya disesuaikan dengan budaya tempatan kita.

0

Siapa James Gibbs Di Hati Linda Onn?

12-Jan-2009 | Oleh: Haswari Ali



Teks oleh Haswari Ali
Foto Baung



KUALA LUMPUR, 12 JAN 2009:
Mungkinkah ini 'jodoh baru' Linda Onn? Dia seorang Mat Salleh dan namanya adalah James Gibbs, 31.

Jejaka kelahiran Wales, United Kingdom (UK) ini hadir menemani Linda, deejay Sinar FM, ketika majlis persandingan ketiga Mawi & Ekin, di Le' Marquee, Hotel Palace of the Golden Horses, malam tadi.

Ketika didekati portal murai.com.my, Linda sedikitpun tidak menunjukkan reaksi kurang selesa apabila ditanyakan beberapa soalan 'cepu emas' berhubung jejaka itu. Malah, tidak sekali Linda menghalang kami daripada bertanyakan beberapa soalan kepada James tentang hubungannya dengan bekas kekasih Linda, Fahrin Ahmad.



"Kami sekadar kawan baik. Kebetulan pula saya tak ada pasangan malam ini, jadi apa salahnya saya bawa dia datang ke sini. Lagipun tiada siapa yang boleh menghalang saya untuk keluar dengan siapa yang saya suka. Siapa yang saya rasa selesa, saya akan keluar bersama," katanya.

Linda berkata, ini bukanlah kali pertama James berkunjung ke Malaysia dan mereka mula kenal pada 1998 dan sejak itu mereka sama-sama meneruskan bibit persahabatan sehingga kini.

"Saya kenal Linda sudah lebih 10 tahun lalu. Apabila Linda jemput saya datang ke majlis ini, saya pun setuju kerana inilah peluang untuk menyaksikan sendiri perkahwinan yang besar. Walau bagaimanapun, ini bukanlah pertama kali saya menghadiri majlis perkahwinan di Malaysia," katanya.

Kehadiran James, seolah-olah menjawab persoalan yang pernah diluahkan Linda sendiri bahawa dia akan berumah tangga tahun ini dan tidak akan menunggu lama sekiranya bertemu jejaka pilihan hati. Malah, wujud persamaan antara Linda dan James, apabila kedua-dua mereka memiliki restoran sendiri.

Sunday, January 4, 2009

0

Wartawan Melodi perlekeh polis

TERSEDAK Kak Pora ketika makan tengah hari sambil menonton Melodi, Ahad lalu. Mana tidaknya! Terkejut Kak Pora melihat aksi wartawannya, Michelle Wee, seolah-olah nak mempersendakan tugas polis ketika menemubual pelakon Diana Danielle berhubung kesnya dikasari buah hatinya, Syamsul Yusof, dalam satu kejadian di rumahnya akhir bulan lalu.

Apa yang Kak Pora nampak, Michelle cuba menggunakan Diana untuk membidas polis kerana kononnya membocorkan maklumat kepada media berhubung laporan yang dibuat pelakon remaja itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang berhubung insiden berkenaan.

Apakah Michelle sedar setiap laporan polis diklasifikasikan sebagai maklumat sulit, terutama membabitkan kes berprofil tinggi, malah mana-mana pihak yang membocorkannya boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA). Setahu Kak Pora, laporan media sebelum ini tidak menyatakan secara terperinci butiran laporan dibuat pelakon remaja itu, sebaliknya cuma pengesahan bahawa polis sudah menerima laporan berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

Walaupun Kak Pora menulis dalam ruangan hiburan terutama untuk B*Pop, tetapi ada pengalaman juga masa muda dulu membuat laporan berita jenayah. Tahu jugalah Kak Pora selok-belok tugasan sebagai wartawan jenayah. Sepanjang pengalaman Kak Pora, memang susah mahu mendapatkan maklumat daripada polis, kecuali ada kenyataan rasmi atau sidang media, lebih-lebih lagi membabitkan kes berprofil tinggi. Bukan polis boleh suka-suka beri maklumat!

Kalau dapat berita eksklusif, itu rezeki masing-masinglah. Ini bergantung kepada inisiatif seseorang wartawan jenayah, termasuk hubungan baiknya dengan mana-mana pegawai polis yang menjadi sumber maklumatnya. Kak Pora tidak tahulah mengapa Michelle bertindak sedemikian rupa. Lebih mengecewakan, turut berada bersamanya ketika menemuramah Diana pada majlis pembukaan cawangan baru Lord’s Tailor di Bangsar adalah penerbitnya, Nas Ahmad, seorang wartawan senior yang sepatutnya membimbing Michelle.

Michelle dan Nas sendiri sepatutnya menyedari betapa besarnya implikasi tindakan mereka memperlekehkan kredibiliti polis kepada masyarakat. Kak Pora sedar kontroversi ini penting dalam menaikkan rating tetapi biarlah kontroversi itu bersifat membina, bukannya kontroversi `bodoh’ yang akhirnya menyebabkan masyarakat jadi keliru dan rosak.

Saturday, January 3, 2009

0

Zul panggil Abby sayang?


Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

Abby Abadi dan Zulkifli Ariffin.

PERCERAIAN yang diharapkan Abby Abadi selepas kes tangkap khalwat bekas suaminya, Norman Hakim bersama Memey Suhaiza pada 30 Oktober, akhirnya menjadi kenyataan pada 18 Disember lalu apabila pasangan berkenaan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Turut bersama Abby, 31, pada hari perceraian itu ialah peguamnya, Ahmad Nasib Johari; sahabat baik yang juga bekas anggota kumpulan Elite, Shasha Saidin bersama suami, Salyo dan pelakon baru siri Gerak Khas yang juga rakan baik Abby, Zulkifli Arifin, 22.

Zulkifli dan Abby kini dilabel ‘teman tapi mesra’ gara-gara terkena tempias gosip apabila gambar mereka berdua disiarkan di muka depan Harian Metro, baru-baru ini.

“Saya ke mahkamah untuk memberi sokongan terhadap apa yang dilalui Abby. Ini dugaan paling besar dalam hidupnya. Walaupun gosip panas mula melanda persahabatan kami, ingin saya tegaskan yang kami hanya kawan dan rakan sekerja. Abby kawan yang baik dan banyak membantu saya dalam lakonan. Saya amat memahami rentak dunia seni dan sanggup menghadapi apa jua risiko," kata Zulkifli atau Zul kepada wartawan yang bertanyakan tujuan kehadirannya bersama Abby pada hari itu.

Pun begitu, ketika Zubir masih menikmati percutian di satu lokasi mendamaikan di sebuah pulau, Zubir menerima panggilan telefon daripada seorang rakan artis yang menceritakan perihal terbaru mengenai ‘kisah cinta’ Abby dan Zul! Pasangan berkenaan saling mengenali ketika sama-sama membintangi drama Apa Itu Cinta? Sejak itu mereka sering berlakon dalam drama sama termasuklah Gerak Khas mulai tahun depan.

Selain drama berkenaan, Abby dan Zul juga berlakon drama bersiri, Kisah Yusof untuk slot Samarinda TV3 yang baru-baru ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka. Berdasarkan maklumat rakan artis itu, Zubir diberitahu, Zul sering dilihat memandu Honda Stream warna putih milik Abby ke lokasi drama ‘teman tapi mesranya’ itu, selain sanggup menunggu Abby selesai penggambaran termasuklah ketika di Melaka tempoh hari.

Lebih menggemparkan, tambah teman artis itu, seorang rakan artis yang sama-sama membintangi Kisah Yusof secara tidak sengaja terdengar Zul tersasul memanggil Abby dengan kata “sayang”. Bagi Zubir, kalau dah macam itu, Abby dan Zul bukan sekadar teman baik seperti yang sering didakwa mereka, sebaliknya pasangan kekasih, ooopsss!

“Aku dengar cerita, baru-baru ini ketika berbual dengan krew produksi, Abby meminta krew berkenaan tidak memanggil namanya sebagai Abby, tapi Gegel, kelas gitu, kan?,” cerita rakan artis itu lagi.

Zubir sebenarnya tumpang gembira mendengar perkhabaran terbaru ini. Baguslah selepas bergelar ibu tunggal, Abby tidak lagi kesunyian dan cepat pula dia dapat pengganti. Kalau benar Abby dan Zul sedang mula ‘di alam percintaan’, selepas selesai edah nanti, cepat-cepatlah kahwin untuk mengelak fitnah.

Norman pun khabarnya semakin hampir melamar Memey sebagai isterinya tak lama lagi. Cuma, satu yang Zubir harapkan daripada Abby mahupun Norman, jangan kahwin lari kwang, kwang, kwang!

0

PLKN- Kecoh Betullah Diana Dianielle!

29-Dec-2008 | Oleh: Murai Batu



KL, 29 DIS 2008: Lepas satu, satu.. Itulah kecohnya pelakon remaja, Diana Danielle.


Selepas bergaduh besar dengan bekas teman lelakinya, Syamsul Datuk Yusof, baru-baru ini, timbul pula cerita Diana diberi penangguhan daripada menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang sepatutnya bermula 27 Disember lalu.


Laporan akhbar tempatan di sana sini menyatakan pihak Diana meminta ditangguhkan kerana terbabit dengan shooting dan beberapa kontrak lain.


Murai Batu difahamkan, Diana sendiri dah bersedia dengan kelengkapan diri untuk menyertai program yang wajib bagi mereka yang layak tetapi ibunya, Norsiah Ramli, pula mendakwa Diana telah terikat dengan kontrak lakonan seni lebih awal.


Mengikut ketetapan, Diana sepatutnya menyertai PLKN di Kem Princess Haliza, Sepang.


Kelmarin, dalam akhbar Kosmo!, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pihaknya sudah meluluskan permohonan penangguhan daripada pihak Diana selepas meneliti komitmen
yang perlu diselesaikannya ketika ini.


Murai Batu faham Diana tak akan dikecualikan daripada PLKN cuma penangguhan itu memberikan persepsi kurang enak kepada Diana dan artis lain, seolah-olah Diana macam manja sangat dan pelakon boleh dapat perhatian lebih. Itulah jadinya kalau sejak zaman remaja lagi sudah didedahkan dengan dunia glamour dan seni menyebabkan mereka kena bekerja macam orang dewasa.


Sebelum ini, beberapa artis remaja pernah menyertai PLKN seperti penyanyi Syura. Artis lain yang akan dipanggil menyertai PLKN bagi tahun 2009 adalah Suki dan Alif Satar (OIAM) kerana mereka juga pernah terikat dengan komitmen.


Jadi, kepada mereka yang berkenaan itu termasuklah Diana, jangan lagi tangguh-tangguh menyertai PLKN kecuali anda ada masalah kronik seperti masalah kesihatan, menjalani hukuman penjara dan otak tidak waras. Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri!

0

Perceraian Selebriti Sepanjang 2008

31-Dec-2008 | Oleh: Thani Hasbullah



Sorotan oleh Thani Hasbullah


Tiada siapa yang berkahwin untuk berpisah mahupun naik turun mahkamah. Namun perpisahan akan terjadi juga sekiranya tiada lagi persefahaman untuk hidup sebumbung.


Tatkala jendela 2009 bakal dibuka, murai.com.my menerusi Ceritera 2008 mengimbas pasangan selebriti tempatan yang bercerai selain beberapa hubungan yang sedang retak menanti belah.


Berpisah jua...


# Penyanyi Azharina Azhar atau Azharina, 23, dan Datuk Sukri Mohamed, 50. (Februari 2008)

# Penyanyi Farah Asyikin Zulkifli atau Farah Asyikin, 28, dan Dr Fariz Yahya, 30. (26 Mei 2008


# Penyanyi, Siti Fairus Sheikh Mohamed atau Siti Fairuz, 44, dan Mohamad Zainuddin Kordi, 45. (14 Julai 2008)


# Pelakon Nor' Ashikin Karman atau Norish Karman, 34, dan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60. (15 Julai 2008)


# Pelakon Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish, 26, dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38. (12 Ogos 2008)


# Penyanyi Norazlina Abd Rahman atau Leina Hangat, 36, dan Muhammad Jamal Delaloy Abdullah, 40. (6 Ogos 2008)


# Penyanyi VE, Charma Adizalilullah Abdul Khalil atau Cham VE, 30, dan Karmila Khalid, 31. (8 September 2008)


# Penyanyi Tengku Anis Soraya Tengku Sulaiman atau Anis Suraya, 28, dan Wan Kasmaizi Wan Kamaluddin, 28. (14 Oktober 2008).


# Pelakon, Emma Akma Yunus atau Emma Akma, 39, dan Mohd Kamal Jaafar Sidek, 34. (29 Oktober 2008).


# Pelakon, Nasrizal Ngasri atau Bell, 29, dan Nur Farhana Mahamad Fauri, 26. (24 November)


# Penyanyi, Noraniza Idris, 40 รข€“ dirahsiakan. (Tarikh tidak diketahui)


# Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, dan Arbaeyah Abdul Manan atau Abby Abadi, 30. (18 Disember 2008)



Sedang bergolak...


# Pelakon, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 28, dan Intan Shahira Mohd Shahru, 27


#Jamaluddin Elias atau Nash, 48 dan Sosilawati Lawiya, 44.


# Pengarah dan pelakon, Aziz M Osman, 46, dan Nor Radhiah Ramli, 22.


# Penyanyi OAG, Mohd Radhi Razali atau Radhi OAG, 31, dan Shazlin Sharif, 30.


# Penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, dan penulis lirik, Jamaludin Sulik atau Seri Bayu, 43.


# Pengacara TV3, Zakiah Anas, dan bekas wartawan Yusof Mohamad Taib, 46.


# Pengacara TV3, Mazidul Akmal Sidek dan Khairul Fazlin Kamaruddin, 38.