
KL, 29 DIS 2008: Lepas satu, satu.. Itulah kecohnya pelakon remaja, Diana Danielle.
Selepas bergaduh besar dengan bekas teman lelakinya, Syamsul Datuk Yusof, baru-baru ini, timbul pula cerita Diana diberi penangguhan daripada menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang sepatutnya bermula 27 Disember lalu.
Laporan akhbar tempatan di sana sini menyatakan pihak Diana meminta ditangguhkan kerana terbabit dengan shooting dan beberapa kontrak lain.
Murai Batu difahamkan, Diana sendiri dah bersedia dengan kelengkapan diri untuk menyertai program yang wajib bagi mereka yang layak tetapi ibunya, Norsiah Ramli, pula mendakwa Diana telah terikat dengan kontrak lakonan seni lebih awal.
Mengikut ketetapan, Diana sepatutnya menyertai PLKN di Kem Princess Haliza, Sepang.
Jangan Tak Lihat
Kelmarin, dalam akhbar Kosmo!, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pihaknya sudah meluluskan permohonan penangguhan daripada pihak Diana selepas meneliti komitmen
yang perlu diselesaikannya ketika ini.
Murai Batu faham Diana tak akan dikecualikan daripada PLKN cuma penangguhan itu memberikan persepsi kurang enak kepada Diana dan artis lain, seolah-olah Diana macam manja sangat dan pelakon boleh dapat perhatian lebih. Itulah jadinya kalau sejak zaman remaja lagi sudah didedahkan dengan dunia glamour dan seni menyebabkan mereka kena bekerja macam orang dewasa.
Sebelum ini, beberapa artis remaja pernah menyertai PLKN seperti penyanyi Syura. Artis lain yang akan dipanggil menyertai PLKN bagi tahun 2009 adalah Suki dan Alif Satar (OIAM) kerana mereka juga pernah terikat dengan komitmen.
Jadi, kepada mereka yang berkenaan itu termasuklah Diana, jangan lagi tangguh-tangguh menyertai PLKN kecuali anda ada masalah kronik seperti masalah kesihatan, menjalani hukuman penjara dan otak tidak waras. Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri!



0 comments:
Post a Comment