Friday, November 28, 2008

0

Betulkah Lisdawati-Fauzi Dipulaukan?

27-Nov-2008 | Oleh: Murai Batu




KL, 27 NOV 2008: Setiap minggu, Murai Batu semakin seronok mengikuti kelincahan pasangan Sehati Berdansa 2 menari dengan bimbingan koreografer masing-masing.

Lebih-lebih lagi pasangan pelakon popular, Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang sudah terkenal dalam bidang lakonan. Siapa sangka mereka juga sanggup mendalami bidang tarian dan setiap minggu memberikan persembahan terbaik.

Namun, tiba-tiba Murai Batu terdengar cerita kurang enak tentang pasangan ini. Khabar ramai pasangan peserta lain tidak mesra dan enggan mendekati Lis dan Fauzi. Kenapa pula?

Sumber belakang tabir Sehati Berdansa 2 bergosip, pasangan ini seakan-akan 'dipulaukan' ketika masing-masing menunggu giliran di belakang pentas. Kalau perlu sangat, barulah orang akan menyapa mereka.



Amboi, takkanlah sampai macam gitu sekali? Apa salah yang Lis dan Fauzi dah buat? Atau memang betul ke Lis dan Fauzi sombong dan perasan bagus?

Setahu Murai Batu, Lis dan Fauzi memang baik dan peramah. Takkanlah ada pasangan lain cemburu nak caras kehebatan mereka untuk menjadi juara Sehati Berdansa 2 kot?

Kata sumber itu, mungkin juga sebab sejarah hitam Lis penah bergaduh dengan Rita Rudaini di lokasi penggambaran menyebabkan pasangan lain malas untuk baik-baik dengan mereka. Hai, fobia takut kena serang dengan Lis ke?

Saturday, November 22, 2008

0

Friday, November 21, 2008

0

Efiezal Gembira Ayah (Rusdi) Berkahwin

18-Nov-2008 | Oleh: Ellyna Ali



Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 18 NOV 2008:
Tidak semua anak mampu terima hakikat sekiranya ibu atau bapa mereka akan berkahwin lagi dengan pasangan baru masing-masing. Lebih-lebih lagi selepas ibu bapa mereka sudah sekian lama menjanda atau menduda untuk tempoh waktu yang cukup lama.


Sungguhpun begitu, perkara tersebut tidak begitu dirasai oleh anak teruna Rusdi Ramli, Efiezal Ridza Rusdi, 18. Sebaliknya, Efiezal mengakui cukup gembira apabila bapanya itu mengambil keputusan untuk berkahwin dengan komposer Sharon Paul Abdullah, 32.


"Saya rasa gembira dia (bapa) kahwin. Saya juga gembira apabila dia memilih Auntie Sharon. Bagi saya, Auntie Sharon seorang yang baik, caring dan selalu ambil berat tentang diri saya.




"Lagipun sudah 15 tahun bapa saya menbujang. Jadi, tidak kisahlah kalau bapa hendak kahwin dengan siapapun. Lagipun, saya rasa dah sampai waktunya untuk dia berkahwin.


"Saya tidak pasti selepas ini saya hendak panggil Auntie Sharon apa. Tapi, sebelum mereka berkahwin, bapa saya memang selalu bawa saya berjumpa dengan Auntie Sharon," katanya yang mewarisi wajah kacak Rusdi.


Efiezal yang berkerja di sebuah syarikat korporat di ibu negara berkata, ibunya yang juga sudah sekian lama menjanda turut mengetahui tentang keputusan ayahnya itu untuk berkahwin.


"Dia tidak cakap apa apapun. Tapi saya rasa ibu pun tak kisah. Walaupun mereka sudah sekian lama berpisah tapi ada ketikanya mereka masih lagi berhubungan. Malah, saya juga sering kali berulang-alik menetap di rumah mereka," katanya.


Ditanya sama ada dia mahu mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pelakon, Efiezal yang masih lagi kelihatan malu-malu mengakui bahawa dia masih lagi belum bersedia.


"Bapa memang pernah tanya saya hendak berlakon atau tidak. Tapi, tengoklah macam mana dulu," katanya.


Nama Rusdi diberikan oleh Tan Sri P Ramlee!



Sementara itu, bapa Rusdi iaitu Ramli Ismail atau dikenali sebagai Ramlee Kecik, 67, pula berkata, dia sebenarnya bersyukur apabila dikurniakan seorang anak lelaki seperti Rusdi atau panggilan manjanya, Boy.


"Sebab sepanjang dia membabitkan diri dalam bidang ini, Boy tahu menjaga nama baik sebagai seorang pelakon serta nama baik keluarga. Tidak pernah ada gosip buruk yang mengaitkan namanya.


"Saya juga gembira apabila Boy akhirnya bertemu jodoh dengan Sharon. Walaupun mereka dari aliran seni yang berbeza iaitu lakonan dan muzik, tapi saya lihat ada keserasian di antara mereka berdua.


"Lagipun, waktu kecil-kecil dulu, Boy memang suka sangat bermain gitar. Walaupun sudah jadi pelakon, saya rasa minatnya terhadap bidang muzik tidak pernah padam," katanya yang sudah bercerai dengan ibu Rusdi, Norlia Ghani sejak tahun 1980-an lagi.


Barangkali itulah tuahnya nama Rusdi yang telah diberikan sendiri oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee sewaktu Norlia melahirkan anak sulung mereka pada tahun 1970.


Waktu itu saya dan Norlia tinggal menetap bersama P Ramlee. Bila habis saja penggambaran filem Dr Rushdi, Norlia yang ketika itu sedang sarat telah melahirkan Rusdi. Saya beritahu P Ramlee, saya tak cukup duit nak bayar bil hospital. P Ramlee terus beri saya RM200. P Ramlee juga tanya saya apakah saya sudah meletakkan nama bayi itu?


"Saya cakap belum lagi. Sejenak kemudian P Ramlee seperti berfikir. Akhirnya dia beritahu saya supaya lberikan nama Rusdi Ramli supaya kalau besar nanti anak saya itu boleh jadi anak wayang," kata Ramli yang juga adik angkat P Ramlee.

Sementara itu, ibu kepada Sharon iaitu Lucia Paul, pula berkata, dia sangat gembira dengan perkahwinan anaknya.


"Anak saya nampak begitu cantik sekali. Saya juga gembira apabila dia memilih Rusdi sebagai suaminya. Saya yakin Rusdi akan dapat menjaga anak saya dengan seelok-eloknya. Saya juga berharap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat mereka," kata Lucia.

0

Dengarnya...: Kekasih Anuar Zain pemain boling negara


Anuar Zain

SETIAP petang kalau tidak ada sibuk atau keluar buat tugasan, Cik Normah lebih suka melepak dan berbual-bual dengan kawan-kawan di kafe pejabat. Iyerlah, malas juga nak keluar, tambahan pula sejak akhir-akhir ini, hujan asyik turun. Lebat pula tu. Nanti kembang pula kasut mahal yang Cik Normah selalu pakai. Kasut jenama apa, itu Cik Normah tak boleh bagi tahu, nanti dikatakan hendak menunjuk-nunjuk pula. Tapi boleh tahan mahal jugalah sebab Cik Normah beli kat Paris.

Dalam asyik berbual tu, tiba-tiba terpacul cerita pasal Anuar Zain yang sekarang sedang bermain cinta dengan pemain boling negara. Wow! Ini cerita hangat pasal penyanyi yang jadi pujaan kebanyakan wanita. Cik Normah pun suka juga pada Anuar, tapi cinta Cik Normah tentulah pada suami tersayang. Suka Cik Normah pada Anuar hanya setakat peminat dan penyanyi saja.

Siapa pemain boling negara itu, biarlah jadi rahsia. Tapi bagi Cik Normah bertuah pemain itu sebab berjaya menambat hati si Anuar. Malah Cik Normah juga dapat tahu Anuar turut membawa pemain boling yang manis ini bertemu dengan keluarganya.

Kalau dah sampai tahap macam ni, Cik Normah rasa sahlah, ini bukan setakat kawan biasa lagi. Tapi ini cerita daripada orang. Hanya Anuar yang boleh mengesahkannya. Tapi kalau hendak tanya pada Anuar, hendak ke dia mengaku ni?

Macam manapun, tak apalah. Selepas ini, ramailah yang akan pergi ke gelanggang boling, manalah tahu kalau boleh terserempak Anuar bermain boling dengan kekasihnya tu.

0

Gembira watak Nurin Amira diiktiraf

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my


BERSAMA Chef Kumaran yang akan menyediakan kek coklat untuk acara itu.

Vanidah Imran bersyukur apabila diangkat sebagai Aktres Pilihan Juri Anugerah Oskar

FILEM Akhirat yang dibintanginya mungkin tidak secemerlang filem The Red Kebaya yang berjaya menobatkannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke -20 yang berlangsung di Pulau Pinang tahun lalu.

Malah, sewaktu Festival Filem Malaysia ke 21 yang lalu, Vanida Imran gagal mempertahankan anugerah yang dimenanginya itu apabila tewas di tangan Maya Karin yang menunjukkan lakonan mantap menerusi filem Anak Halal.

Mungkin kekalahan itu sedikit mengecewakan Vanida atau lebih akrab di sapa Vee yang juga menunjukkan lakonan yang mengesankan sebagai Nurin Amira, seorang pesakit AIDS. Mana tidaknya, bukan mudah untuk membawakan watak itu.

Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan Vee antaranya dia perlu mengurangkan berat badannya supaya wajahnya nampak lebih cengkung sekali gus menampakkan ciri-ciri sebenar seorang pesakit AIDS. Itulah kesungguhan serta komitmen Vee demi filem Akhirat.

Bagaimanapun, doa Vee bagaikan terjawab apabila masih ada pihak yang memandang kesungguhannya itu apabila watak Nurin Amira diangkat sebagai Aktres Pilihan Juri sewaktu Anugerah Oskar yang berlangsung di Hotel Nikko malam Sabtu lalu.

Thursday, November 20, 2008

0

Adakah Memey, Norman Digam Stesen TV?




KL, 19 NOV 2008: Gara-gara kes khalwat, Murai Batu dengar ramai produser dah mula saspen untuk mengambil Norman Hakim dan Memey berlakon dalam produksi mereka. Bukan saja takut produksi tersangkut atau kena gam oleh mana-mana stesen TV tetapi juga bimbang kalau-kalau rating jatuh.


Baru-baru ini, Murai batu dengar, produksi drama Issandra menguggurkan nama Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 20, sebab syarikat penerbitan Pro Pictures Sdn Bhd dikatakan tidak mahu tanggung risiko dan perlu mengikut nasihat sebuah stesen TV (RTM). Khabarnya, tempat Memey untuk drama bersiri 26 episod itu digantikan dengan pelakon baru juga, Eira Syazira.


Dalam hal ini, (kalau pun) sebarang tindakan hendak dibuat, janganlah ia diletakkan ke bahu Memey semata-mata. Kata orang, tepuk sebelah tangan mana nak berbunyi. Bagaimana dengan Norman? Murai Batu hendak tahu juga rating untuk Gerak Khas selepas insiden itu berlaku. Makin mencanak ke, makin merudum ke? Benda ini boleh kita tanyakan nanti dengan Datuk Yusof Haslam sendiri.




Apapun, kes Norman-Memey ini belum lagi dibicarakan dan pihak berkenaan tidak seharusnya membuat tindakan membabi buta. Lebih baik siasat dulu supaya tiada pihak yang teraniaya.


Apa yang Murai Batu nampak, kes artis berkhalwat bukan cerita baru dalam dunia hiburan dan kita lihat hari ini, mereka yang pernah terjebak dalam cekup khalwat sudah kembali berjuang seperti biasa kerana lama-kelamaan orang kita akan lupa dan memaafkan mereka. Rasanya anda pun tahu siapa mereka bukan?


Cuma dalam kes artis-artis dulu, ia antara artis bujang dengan bujang tetapi kes Norman ini lain sikit sebab membabitkan pasangan suami isteri artis dan orang ketiga di kalangan artis juga. Dalam hal ini, Memey dilihat sudah menconteng arang ke mukanya sendiri dan orang tuanya walaupun baru masuk umur 20 tahun.


Dalam perkembangan terbaru, Murai Batu difahamkan, Norman dan Abby belum lagi ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menghadiri sebarang sesi kaunseling untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Apakah mereka akan tetap bersama?


Sebenarnya Murai Batu begitu mengharapkan agar Norman dan Abby dapat kembali hidup ceria macam dulu kerana tiada yang hinanya kalau mereka dapat terus bersama demi anak-anak. Malah masyarakat akan tabik lagi kalau mereka dapat menyelamatkan masjid yang sudah dibina itu. Yang tidak elok dulu, jadikanlah pengajaran kerana manusia akan sentiasa melakukan kesilapan.

Wednesday, November 19, 2008

0

Majlis Resepsi Ashraf-Bunga Meriah

15-Nov-2008 | Oleh: Roslen Fadzil

Media Galeri




Teks oleh Roslen Fadzil


SUBANG, 15 NOV 2008: Sesudah melangsungkan pernikahan di Jakarta, Indonesia, pada 8 November 2008 lalu, pasangan Ashraf Daniel Sinclair, 29, dan Bunga Citra Lestari, 25, mengadakan pula majlis resepsi dari pihak pengantin lelaki di Hotel The Saujana Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.


Majlis itu berlangsung di ballroom hotel berkenaan dan dihadiri kira-kira 400 tetamu daripada kalangan saudara mara mereka, rakan artis, pihak media dan juga kerabat diraja Selangor. Tidak ketinggalan hadir membuat liputan adalah sekumpulan media cetak dan elektronik dari Indonesia.


Tepat jam 8.40 malam, pasangan merpati itu berarak masuk ke dalam dewan sambil diiringi muzik backpipes yang dimainkan oleh sekumpulan pelajar Victoria Institution (VI), Kuala Lumpur, bersesuaian dengan tema Inggeris untuk majlis anjuran Beyond Events itu. Ini tidak menghairankan kerana Ashraf sendiri berdarah kacukan Inggeris-Melayu.


Ashraf mengenakan sut rekaan Bon Zainal sementara Bunga pula memperagakan gaun putih bersama hiasan fabrik kepala ciptaan Sikie dari Jakarta. Turut bergaya adik beradik Ashraf iaitu Adam, Aishah serta ayah mereka, Mohamed Sinclair Abdullah yang mesra dengan panggilan Pak Mat Sinclair.


Selepas bacaan doa selamat, pasangan pengantin itu terus memotong kek 3 tingkat di atas pentas sebagai mengikut adat sebenar masyarakat Inggeris dan sesudah itu barulah semua tetamu menikmati hidangan nasi minyak dengan lauk pauk Melayu yang lazat.


Majlis itu dihoskan oleh 2 rakan karib Ashraf iaitu Sazzy Falak dan Kid yang turut mengusik mempelai dengan melakonkan semula babak percintaan mereka di dalam telefon.


Sambil menikmati hidangan, tetamu dihiburkan dengan persembahan artis jemputan iaitu Ilyka, Syed Azmir dan Ferhad. Malah Ashraf dan Bunga juga sudi berduet di pentas dan mendapat tepukan gemuruh. Antara artis lain yang kelihatan adalah M Nasir, Marlia Musa dan Jehan Miskin selain orang kuat Media Prima, Datuk Seri Farid Ridzuan.


Malam ini, Sabtu, mereka berdua akan mengadakan satu lagi majlis resepsi pula untuk saudara mara serta rakan terdekat dalam tema budaya Melayu. Tidak dinafikan Ashraf dan Bunga kelihatan begitu ceria dan bahagia sepanjang majlis berlangsung.


Berbanding dengan Kuala Lumpur, majlis resepsi yang berlangsung di Hotel Sultan, Senayan, Jakarta pada 9 November lalu hari lebih gemilang kerana dihadiri kira-kira 2,000 tetamu dan memilih tema Adat Minang. Namun majlis di sana dilangsungkan dalam suasana berdiri ala koktel seperti mana kebiasaan majlis perkawinan masyarakat Indonesia.

0

Fareez Bakal Kahwin 27 Disember Ini?

14-Nov-2008 | Oleh: Murai Batu



KL, 14 NOV 2008: Februari lalu, Murai Batu pernah menyiarkan gosip tentang bekas suami Ratu Etnik, Noraniza Idris, Fareez bakal menamatkan zaman dudanya pada Mei 2008. Namun tiba masanya, majlis gembira itu tidak terlaksana. Kenapa ya?


Difahamkan, perkahwinan yang sepatutnya dirancang pada Mei 2008 itu terpaksa ditangguhkan ke Disember ini atas sebab Fareez terlalu sibuk dengan kerja.


Tapi sebelum ini, Murai Batu ada juga dimaklumkan ia ditangguhkan kerana tunangnya Fareez itu dikatakan sakit. Entahlah. Tapi kalau sakit harapnya sekarang sudah sihat wal'afiat.


Kata sumber Murai Batu: "Kalau tak silap saya, tarikh perkahwinan mereka itu adalah pada 27 Disember 2008. Kad jemputan pun saya dah dapat." Haa, baguslah. Harap-harap perancangan itu akan dimakbulkan.




Nampaknya, Fareez secara kebetulan turut memilih tarikh yang lebih kurang sama dengan majlis sambutan perkahwinan Mawi. Kalau ikut jaduallah, pada malam 27 Disember juga Mawi akan membuat konsert khas sempena majlis resepsinya di Johor.


Apapun, Murai Batu tidak begitu kenal tunang Fareez itu. Apa yang Murai Batu tahu, nama mesranya adalah Mazlin. Baru semalam Murai Batu dapat menatap wajah Mazlin yang cantik itu yang sekali pandang macam penyanyi dan model Camelia. Tahniah untuk Fareez dan Mazlin.

0

Jet Peribadi Ashraf, Bunga Diserbu Media

Teks oleh Ellyna Ali
Foto oleh Bonie Sharif


SUBANG, 11 NOV 2008: Pasangan selebriti Malaysia-Indonesia yang baru saja mendirikan rumahtangga, Ashraf Daniel Sinclair, 29, dan Bunga Citra Lestari, 25, selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan menaiki jet peribadi kira-kira jam 4.55 petang tadi.


Jet peribadi yang dinamakan The Grace itu adalah kepunyaan usahawan Indonesia yang kaya-raya iaitu Oesman Sapta yang juga pemilik kepada penerbangan tambang murah Lion Air Indonesia. Oesman yang juga bapa kepada rakan baik Bunga memberikan tajaan penerbangan tersebut sebagai hadiah perkahwinan buat Ashraf-Bunga.


Ashraf dan Bunga yang tiba bersama entourage mereka termasuklah penyanyi Singapura, Syed Azmir serta Sazzy Falak dan suaminya, Nazril kelihatan gembira sebaik saja menjejakkan kaki di lapangan tersebut.

Mereka juga kelihatan cukup bangga sekali mengenakan kemeja-t yang bertulis, Just Married! Apa yang lebih menarik, sebuah kereta mewah Rolls-Royce sedia menanti pasangan mempelai itu di perkarangan lapangan terbang terbabit.


"Saya sangat gembira dengan perkahwinan kami ini. Saya juga sangat senang sekali apabila dapat mempersuamikan Ashraf. Dia seorang lelaki yang hebat dan menjaga saya dengan cukup baik sekali.


"Tapi memandangkan kami masih lagi mempunyai 2 majlis resepsi yang perlu dilakukan di sini, maka kami masih lagi belum dapat menikmati mood sebagai pasangan suami isteri yang sebenar," katanya Bunga kepada murai.com.my.


Mengulas tentang majlis perkahwinanya yang telah dilabel sebagai Wedding of The Year di Jakarta, penyanyi seksi yang terkenal dengan lagu berjudul Engkar ini memberitahu, apa yang diimpikannya hanya sebuah perkahwinan yang terbaik.


"Atas sebab itu, segala perancangan telah dilakukan sejak awal lagi dan saya menyerahkan tugasan itu kepada mereka yang lebih pakar dalam soal-soal yang berkaitan dengan majlis perkahwinan.


"Tidak sangka juga bila ramai yang menggelarkan ia sebagai Wedding of The Year. Rasa seronok bila mendapat maklum balas yang sebegitu. Tetapi konsep garden party yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang segar serta berwarna lembut hasil dekorasi Lotus itu memang menjadi pilihan saya, " katanya yang telah memilih Rina Gunawan sebagai Wedding Planner.



Bunga Nafi hamil atau gugurkan anak!


Bunga turut mengulas tentang gosip yang mengatakan dia ketika ini sedang hamil sebagaimana yang telah diuar-uarkan pihak media di Indonesia sebelum ini.


"Sebetulnya berita ini telah tesebar sejak 3 bulan yang lalu. Saya sendiri tidak mengerti mengapa mereka (pihak media) di sana berbuat begitu. Saya tidak tahu apa motif sebenar mereka.


"Setiap kali ada artis wanita yang mahu mendirikan rumahtangga di sana, mereka pasti akan menyebarkan cerita tentang gosip artis itu sedang hamil. Kalau betul saya hamil, tidak mungkin perut saya sampai sekarang begini saja.


"Seperkara lagi, saya masuk hospital bukan disebabkan saya gugurkan anak. Wartawan sendiri tahu saya pergi hospital itu kerana penyakit usus besar dan mereka boleh periksa rekod penyakit saya.


"Apapun saya sudah lali dengan gosip seperti ini. Saya juga tidak mahu ambil pusing dengan apa yang mereka tulis tentang saya," katanya.


Ashraf pohon maaf atas kelewatan


Sementara itu Ashraf pula memohon maaf kepada pihak wartawan tempatan yang sudah hampir 3 jam menunggunya di lapangan Terbang Subang sejak jam 1.30 petang lagi.


"Saya minta maaf sangat-sangat di atas kelewatan ini. Apa yang berlakunya sebenarnya langsung tidak disengajakan dan ia berpunca daripada saya sendiri apabila visa saya menghadapi masalah kerana tarikh tempohnya sudah tamat sejak 8 November lalu.


"Kalau hendak diikutkan, memang saya boleh pulang dengan visa yang telah tamat tarikh tempohnya itu. Perkara itu tiada masalah dan pihak imigresen di sana memang membenarkan.


"Tapi sekiranya saya pulang begitu saja , saya tidak akan dibenarkan masuk semula ke Indonesia lagi. Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah saya pergi ke imigresen di sana semula untuk memproses serta memperbaharui visa saya pada masa itu juga.


"Proses tersebut ternyata memakan sedikit masa dan sebab itu kita bertolak agak agak sedikit lambat iaitu kira-kira jam 2.45 (waktu Jakarta)," katanya.


Ashraf juga mengakui bahawa dia kini berasa tertekan kerana terpaksa memastikan bahawa segala-gala berjalan lancar di majlis resepsi yang dikendalikan di sebelah pihaknya.


"Sebelah pihak perempuan sudah pun selesai. Kini giliran pihak saya pula. Memang terasa sungguh tekanan ini. Tapi saya rasa seronok sebab dapat melalui budaya yang pelbagai di majlis persandingan saya.


"Waktu di Jakarta, majlis persandingannya di buat dengan penuh adat istiadat Minang. Di majlis resepi saya yang pertama nanti, ia akan berkonsepkan English Wedding, manakala majlis resepsi yang kedua pula penuh dengan adat-istiadat Melayu.


Sementara itu Sazzy selaku teman rapat Ashraf pula berkata, dia sangat gembira dengan perkahwinan Ashraf.


"Sepanjang mengenalinya, saya tahu macam-macam yan telah dilaluinya. Akhirnya dia berjaya juga memperisterikan seseorang yang cukup dicintainya. Melihat dia melafazkan akad nikah dengan hanya sekali saja, ia membuatkan saya rasa cukup terharu. Saya juga sentiasa doakan yang terbaik untuk perkahwinannya," kata Sazzy.

Monday, November 17, 2008

0

Memey Suhaiza, Farid Kamil sorok cinta

Memey dan Farid Kamil.

SEJAK kebelakangan ini, media banyak melaporkan mengenai keintiman aktres baru, Memey Suhaiza dengan pelakon kacak, Farid Kamil. Media juga pernah melaporkan Memey pernah membawa Farid pulang ke kampungnya bagi menghadiri majlis perkahwinan. Pun begitu, setiap kali persoalan cinta diajukan kepada Memey, dia sering memberitahu, antara dia dan Farid, hanya kawan biasa, bagi Zubir jawapan basi dan meloyakan!

Baru-baru ini, teropong Zubir terserempak sumber yang mengenali Memey secara rapat. Ini jawapan yang Zubir peroleh: “Biasalah Zubir, kalau kau tanya Memey ke, Farid, mana dia orang tu nak mengaku, paling kuat dia orang akan cakap, mereka kawan biasa, tak lebih daripada itu. Pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin. Untuk pengetahuan kau Zubir, Memey pernah cakap dengan aku, memang dia suka pada Farid, tapi dia nak ambil masa mengenali diri Farid sebelum benar-benar melafazkan kata cinta, maknanya cinta pada Farid coming soon!

“Pada aku, kalau suatu hari ditakdirkan dia orang berdua tu benar-benar jatuh cinta, bukan satu dosa, Memey solo, Farid pun selepas putus cinta dengan Irma Hasmie, masih tidak ada pengganti. Dua-dua bujang, jalan!,” kata sumber kepada Zubir, baru-baru ini.

Bagi Zubir, kemunculan Memey dalam industri ini juga penuh liku. Memey yang kini muncul dengan drama bersiri Lara Rindu Mahsuri di TV3 pernah digosipkan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan artis popular, nasib baik tidak sampai ke peringkat cerai berai!

Bagi Zubir, sekiranya benar Memey menyukai Farid, berterus-terang sajalah, tak perlu nak cover line. Lagipun, Memey kalau berkasih atau bercinta, bukannya dengan tunangan atau suami orang, tapi dengan Farid yang sah-sah masih belum berteman! Sekiranya Memey terus memberikan jawapan selamat, dia dan Farid hanya kawan biasa, ini boleh membuatkan peminat bosan dengan kenyataan artis yang sangat klise!

Begitu juga Farid, sekiranya benar, dia dan Memey kini sedang menyemai benih cinta, cakap sajalah, jangan berselindung. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai. Maknya apabila sudah berani bercinta, pasangan itu harus berani juga berdepan dengan perpisahan. Kalau bercinta dan suatu hari kasih berubah, apa yang nak dimalukan, ini adalah satu kelaziman atau adat orang berkasih sayang.

0

Norlia Restu Rusdi Menikahi Sharon Paul


Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 11 NOV 2008: Berita aktor filem Waris Jari Hantu, Rusdi Ramli, 37, akan bernikah dan bersanding dengan komposer Sharon Paul Abdullah pada Ahad ini telah disambut dengan hati yang yang cukup gembira oleh ibunya, Norlia Ghani.


"Sudah lama sangat dia membujang. Akhirnya dia jumpa wanita pilihan yang sesuai dengannya. Alhamdulillah... sebagai ibu saya tumpang gembira sekiranya perkahwinannya itu berjaya membuatkan dia gembira.


"Sebelum ini saya memang pernah mengharapkan supaya dia menamatkan zaman bujangnya atau lekas-lekas berkahwin. Tapi, Boy (panggilan untuk Rusdi), jenis yang senyap serta tidak banyak cakap.


"Dia juga tidak pernah buka mulut untuk berkahwin sebelum ini. Jadi, apabila kali ini dia cakap dia hendak kahwin, saya rasa gembira sangat," kata Norlia kepada murai.com.my.




Menurut Norlia lagi, dia bagaimanapun tidak terkejut apabila Rusdi menyuarakan hasrat hatinya untuk memperisterikan Sharon.


"Sebelum ini, dia sudah pun perkenalkan Sharon kepada saya. Waktu itu, saya sedang raikan hari ulang tahun kelahiran cucu saya, Arisya. Tapi, tidak pulak dia kata Sharon itu teman wanitanya.


"Tapi, sebagai orang tua, kita dapat rasa Sharon cukup istimewa di hatinya. Sebab sebelum ini, dia tidak pernah bawa mana-mana perempuan datang jumpa dengan saya.


"Jadi, bila dia kata hendak kahwin dengan Sharon, perkara itu bukan sesuatu yang memeranjatkan. Lagipun Sharon bagi saya seorang wanita yang cukup baik," katanya.


Majlis pernikahan serta persandingan Rusdi dan Sharon akan diadakan di sebuah banglo di Shah Alam pada Ahad ini dan hanya keluarga serta rakan terdekat saja yang telah dijemput untuk menghadirinya.


"Kalau hendak diikutkan hati, memang saya mahu panggil ramai kawan-kawan untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka tapi, apakan daya kerana undanganya hanya terhad untuk 26 meja sahaja.


"Saya memang tak puas hati tapi memandangkan semuanya telah diaturkan sendiri oleh Boy, jadi terserahlah pada dia untuk buat apa yang dia mahu. Saya pula hanya datang pasang badan saja," kata Norlia yang baru saja menyiapkan sebuah drama untuk tayangan hari raya Aidiladha, Jangan Tinggal Daku.


Norlia juga mengakui bahawa tidak kisah siapa pun pilihan Rusdi.


"Saya bukanlah seorang ibu yang suka menentukan wanita pilihan mana yang sesuai atau bagus untuk anak saya. Itu sudah jodoh dia, saya terima. Tidak kiralah dia bangsa apapun, janji dia seorang Islam.


"Kebetulan Sharon yang saya ketahui berbangsa Cina sudah pun memeluk Islam sebelum dia mengenali Rusdi dulu," katanya lagi.


Rusdi yang juga Aktor Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 berkata, selama ini dia sering menganggap bahawa dirinya akan hidup membujang hingga ke akhir hayat.


"Tapi, mungkin inilah yang dikatakan sebagai takdir dan jodoh," katanya yang sudah menduda selama 15 tahun.


Sungguhpun begitu, Rusdi mengakui bahawa dia dan Sharon mula serius memikirkan soal berumahtangga selepas setahun menjalinkan hubungan.


"Susah untuk saya jelaskan mengapa tiba-tiba saya bersedia untuk berumahtangga sekali lagi serta memilih Sharon sebagai calon isteri. Bagi saya Sharon sangat memahami saya seadanya," katanya yang mengakui bertemu kali pertama dengan Sharon sewaktu menjayakan filem Pontianak Harum Sundal Malam 2.


Bercakap tentang majlis perkahwinannya nanti, Rusdi berkata, majlis pernikahan akan diadakan secara ringkas dan cuma membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.


"Tiada wang hantaran diberikan kepada pihak perempuan kecuali mas kahwin dan senaskhah Al-Quran, " katanya.

0

Majlis Perkahwinan Rusdi - Sharon Cukup Romantis


Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 17 NOV 2008: Konsep elemen perkahwinan yang bertemakan Persada Manik Urai menjadi pilihan aktor Rusdi Ramli, 38, dan komposer, Sharon Paul Abdullah, 32, sewaktu majlis pernikahan serta persandingan mereka dilangsungkan di Galeri Creative Elements yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam, malam tadi.


Biarpun nampak ringkas, namun ia berjaya menonjolkan ciri-ciri romantis dan penuh kelembutan yang menjadi simbol kepada percintaan mereka yang telah mula bersemi sejak setahun lalu.


Majlis bagaimanapun dimulakan dengan acara akad nikah. Dengan hanya sekali lafaz saja, Rusdi yang kelihatan segak mengenakan baju Melayu putih tajaan Semendah Rasa telah selamat dijabkabulkan dengan Sharon kira-kira jam 9.25 malam dengan mas kahwin sebanyak RM800 beserta hantaran sebentuk cincin emas putih bertatah berlian, sirih junjung serta sebuah Al-Quran.




Pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Kahwin, Nikah, Cerai & Rujuk dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Ustaz Mohd Sujak Hj Mohd Dasuki.


Rusdi yang pada mulanya kelihatan agak gugup akhirnya mampu mengukir senyuman gembira sebaik saja berjaya melafazkan akad nikah tersebut. Dia turut diapit bapanya, Ramli Ismail, 67, berserta kawan baiknya, Ijoy yang juga suami kepada pengacara dan pelakon Sharifah Shahirah.


Majlis kemudian diteruskan dengan upacara membatal air sembahyang. Rusdi telah menyarungkan cincin emas putih bertatah berlian di jari manis kanan Sharon yang kelihatan cukup anggun mengenakan busana putih rekaan Calvin Thoo, manakala Sharon pula menyarungkan cincin platinum putih di jari manis kiri Rusdi.


Rusdi dan Sharon kemudian terus disandingkan di atas pelamin Persada Manik Urai yang telah diilhamkan oleh Suhaimi Saad buat kali pertamanya khusus buat pasangan ini.


Upacara menepung tawar turut dilakukan oleh kaum keluarga pihak pengantin lelaki dan perempuan termasuklah ibu bapa Rusdi iaitu Norlia Ghani dan bekas suaminya Ramli, ibu Sharon, Lucia Paul serta tetamu VIP.


Antara tetamu VIP yang menyerikan acara menepung tawar ini adalah Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, Datuk Aziz Sattar dan isteri serta Datin Nina Juren dan suami.


Rusdi sewaktu ditemui pihak wartawan bersyukur kerana majlis pernikahan serta persandingannya bersama Sharon telah berjalan dengan selamat dan lancar mengikut apa yang dirancangkan.


"Mulanya saya rasa agak gementar juga terutama waktu hendak akad nikah. Walaupun saya sudah buat benda ini sebanyak 80 kali dalam drama tapi ia tidak sama apabila berhadapan dengan situasi yang sebenar. Rasanya kalau tidak pakai mikrofon, suara saya pasti tidak keluar," katanya kepada murai.com.my.


Menjelaskan mengapa dia memilih Sharon sebagai pasangan hidupnya, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 berkata, sepanjang mengenali komposer tersebut, dia tidak pernah berasa susah dalam apa jua perkara.


"Baik dari segi kerja mahu pun hubungan peribadi, ia cukup menyenangkan saya. Malah, hubungan dia dengan anak saya pun OK. Bagi saya itu yang amat penting sekali.


"Tapi, kerja kami memang membuat kami begitu serasi. Dia suka menonton filem, manakala saya pula suka tengok kerja-kerja yang dia buat sebab masa kecil dulu saya memang bercita-cita untuk jadi seorang komposer," kata hero filem Waris Jari Hantu ini.


Sementara itu, Sharon pula berkata, Rusdi sentiasa menyejukkan hatinya dalam apa jua perkara.


"Mungkin ramai yang anggap dia sebagai seorang yang pendiam serta tidak banyak bercakap. Tapi dengan saya, kami selalu berbual dan berkongsi banyak perkara. Malah, kalau berbual di telefon selalunya sampai 3 hingga 4 jam setiap hari. Selalunya kami berborak sampai jam 4 hingga 5 pagi," katanya.


Majlis makan beradab kemudian menyusul sebelum pasangan ini bertukar baju untuk melangsungkan upacara memotong kek.


Sepanjang majlis ini berlangsung, tetamu telah dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan strings quartet yang memainkan rangkaian lagu yang romantis. Malah rakan-rakan artis seperti Bob, Ning Baizura, Adibah Noor, Nash dan Datuk Siti Nurhaliza turut membuat persembahan.


Majlis pernikahan dan persandingan Rusdi dan Ramli turut dihadiri ramai rakan artis yang lain. Antaranya, Maya Karin, Kavitha Kaur, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Ruhil Amani dan suami, Riezman Khuzaimi dan isteri, Aida Aris dan Zul Handy Black, Farhan, Aspalela Abdullah, Shuhaimi Baba, Ramli MS dan Datin Maria Arshad.


Majlis ini juga turut dikendalikan oleh Sharifah Shahirah dan Zaibo sebagai pasangan pengacara.

0

Kerjaya seni Norman, Memey hadapi risiko


Oleh Akmal Abdullah
akmel@bharian.com.my

SEPANJANG minggu ini memang riuh dan kecoh dengan isu rumah tangga pelakon Norman Hakim dengan Abby Abadi, berikutan kes tangkap khalwat Norman dengan artis baru, Memey. Soal sama ada Norman dan Memey bersalah atau tidak, tunggulah pendakwaan dan perbicaraan terhadap mereka.

Begitu juga soal sama ada Norman dan Abby akan bercerai secara sah, hanya masa yang menentukan. Sekarang keadaan masih panas. Ramai juga peminat yang menghubungi pejabat B*Pop untuk meminta nombor telefon Norman dan Abby. Mereka hendak hubungi Norman sendiri kerana mahu hamburkan kemarahan pada Norman dan ada peminat mahu hubungi Abby untuk beri kata-kata semangat. Agak pelik situasi begini kerana cerita artis nak bercerai selalunya kerap terjadi tetapi kes Norman dan Abby jadi berbeza, malah aksi pertengkaran suami isteri itu yang berlaku di lokasi penggambaran drama menjadi sejarah menarik dalam dunia hiburan tahun ini. Maknanya, insiden yang sememangnya satu realiti itu macam babak drama pula.

Dalam menunggu sejauh mana keadaan ini akan berlanjutan, hanya masa menentukan. Soalnya sekarang, keadaan sebegini sebenarnya memberi kesan buruk terhadap kerjaya seni Norman mahupun Memey. Masyarakat sebenarnya sudah menghukum Norman dan Abby. Simpati akan lebih bertumpu pada Abby apatah lagi Abby baru saja bersalin dan sebaik habis saja pantang, dia dapat tahu suaminya ditangkap khalwat. Bukan calang-calang dugaan yang ditempuh Abby. Jadi, ramai akan rasa simpati terhadap Abby dan di sini memperlihatkan Abby tidak bersalah apa pun dan menjadi mangsa sikap suaminya.

Malah, peminat dan masyarakat kini mula memandang ‘curiga dan serong terhadap Norman dan Memey gara-gara kes tangkap khalwat mereka. Mereka tidak kira lagi soal salah atau tidak sebaliknya apabila sudah ditangkap khalwat dalam satu pejabat pada jam 2 pagi, pelbagai andaian boleh dibuat. Ia disebabkan bukan soal mereka bercinta atau ada hubungan sulit antara seorang artis remaja dengan suami orang tetapi soalnya ialah sebelum berita tangkapan khalwat mereka, bertubi-tubi mereka saling membuat kenyataan media mengenai gosip cinta mereka selama ini.

Mereka menafikan gosip itu bagai nak rak, malah siap dengan pelbagai kenyataan yang sekali baca memang sesiapa saja boleh mempercayainya. Malah, kenyataan Memey dalam sebuah akhbar memperlihatkan dia memang licik untuk bersandiwara dengan wartawan. Begitu juga Norman, dia sanggup menipu wartawan semata-mata untuk mengelak cerita benar hubungan intim dia dengan Memey akan terbongkar. Namun, akhirnya segala tembelang pecah berderai dan satu negara terkejut dengan apa yang berlaku.

Selepas ini, kerjaya seni Norman dan Memey juga akan menghadapi risiko kerana isu ini boleh menyebabkan peminat mereka muak dan mual dengan sikap mereka, lalu tidak lagi meminati lakonan mereka. Peminat di Malaysia lain sikit kerana soal peribadi mempengaruhi rasa minat mereka terhadap seseorang artis itu. Jadi, risiko di sini bererti selepas ini lakonan Norman akan menjadi kebosanan pada penonton dan tentunya Norman akan mengambil masa lama untuk membaiki keadaan ini.

Begitu jug Memey. Sebagai pelakon baru, sebenarnya ramai lagi yang belum kenal dirinya. Malah, ramai tidak tahu pun apa drama atau filem lakonannya. Kini, nama Memey menjadi popular mendadak dek isu tangkap khalwat. Jadi, Memey mungkin sukar untuk mencipta nama sebagai pelakon yang berjaya ekoran insiden ini. Mungkin ramai mula membenci Memey yang dilihat baru saja nak jadi artis sudah terbabit dalam skandal cinta dengan suami orang. Inilah harga yang harus dibayar oleh Memey. Sesuatu harus dilakukannya untuk membersihkan namanya.

Semua yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya. Bagi artis lain yang masih suka dan tengah asyik mencipta skandal cinta dengan suami orang atau isteri orang, eloklah beringat dan insaf. Bagi mereka yang sudah beristeri, fikirlah banyak kali kalau bercadang untuk beristeri dua atau tiga. Jangan rosakkan hati insan lain semata-mata mahu menggembirakan hati sendiri.

Sudah terbukti tidak pernah ada tupai yang pandai melompat di atas apa jenis pokok sekali pun, tidak pernah jatuh ke tanah...

0

Abby ada hak kongsi derita, beremosi


Oleh Akmal Abdullah

ISU tangkap khalwat Norman Hakim dengan pelakon baru, Memey Suhaiza terus menjadi perbualan peminat dan masyarakat, termasuklah pihak dalam industri hiburan dan rakan artis. Cerita itu berkait juga dengan isteri Norman yang juga pelakon terkenal, Abby Abadi. Nama Abby sebenarnya lebih popular daripada Norman kerana sebelum ini beliau bukan saja dikenali sebagai pelakon siri Gerak Khas tetapi adalah penyanyi popular dari kumpulan Elite.

Sebaik saja kes tangkap khalwat tersebar, pihak media mula memburu Norman dan Memey, selain Abby. Kita tahu Abby baru saja melahirkan anak ketiga, hasil perkongsian hidupnya dengan Norman yang dikahwininya sejak enam tahun lalu.

Ada pihak bersimpati pada Abby terhadap apa yang menimpa rumah tangganya dek suami ditangkap khalwat. Ia bukan lagi soal gambaran benar atau salah suaminya dalam kes berkenaan tetapi kesan di hati si isteri tentunya akan terasa begitu pedih dan pilu apatah lagi sebelum ini Abby sememangnya resah dengan sikap Norman yang jarang pulang ke rumah tatkala Abby sedang sarat mengandung. Sebab itu ramai pihak bersimpati pada Abby kerana dugaan yang dihadapinya bukan calang-calang ujian. Kalau tak cekal dan kuatkan iman, boleh jadi ‘biol’ dibuatnya.

Namun, satu pihak lagi seolah-oleh membidas Abby dengan menganggap tindakannya terlalu beremosi kerana banyak memberi kenyataan mengenai luahan hati dan kekecewaan yang dialaminya kepada media massa. Pihak tertentu lebih suka Abby berdiam diri dan tak perlu untuk bercakap mengenai isi hatinya. Kenyataan yang diberikan kepada media dianggap terlalu mengikut perasaan dan cerita dalam kelambu tidak perlu untuk dikongsi oleh orang lain.

Kalau nak ikutkan, zaman moden ini tidak ramai lagi yang tidur malam menggunakan kelambu. Tetapi Abby memberi penjelasan kepada media dan berkongsi rasa dengan peminatnya bukan untuk mengaibkan suaminya atau mana-mana pihak tetapi Abby meluahkan segala duka lara dan nestapa jiwanya untuk dia mencari kekuatan. Secara psikologi jika kita tidak luahkan apa yang terbuku di hati dan ia menjadi makin berkecamuk dan berserabut, boleh mengundang derita berpanjangan. Apabila diluahkan, tentulah Abby akan berasa sedikit puas dan mencapai kelegaan buat seketika kerana isi hatinya dapat diluahkan, lebih-lebih lagi dia sekarang masih lagi menanggung sakit kelahiran anak ketiga.

Abby juga sedar, kenyataannya itu tentunya mahu didengar oleh wanita lain untuk berkongsi perasaan dan untuk peminatnya supaya mengetahui sejauh mana dirinya terpaksa menghadapi kemelut yang cukup menyiksakan ini. Kita harus faham derita jiwa dan tangisan hati yang sedang dialami Abby. Selain kita bersimpatri terhadap dirinya kita juga harus membiarkan dia untuk meluahkan apa yang mahu dikatakannya. Abby ada hak untuk beremosi kerana dia menjadi mangsa.

Bayangkan seorang isteri yang baru habis berpantang kemudian mendapat berita mengejutkan suaminya ditangkap khalwat. Tentunya ia perlu ketabahan luar biasa tetapi sejurus insiden itu berlaku Abby masih boleh bersabar dan dia masih boleh mengiringi suaminya dan memandu kereta untuk membawa Norman ke mahkamah syariah.

Selepas beberapa hari, Abby tampil dengan tindakan yang tidak disangka. Selepas gagal dalam permohonan fasakh di mahkamah syariah, Abby mencari suaminya itu di lokasi penggambaran drama Gerak Khas. Terjadilah babak realiti drama antara pasangan suami isteri itu. Sebelum itu wartawan juga hadir di mahkamah berkenaan dan akibat tekanan dan mungkin fikirannya celaru dan masih sedang marah, dalam masa sama ketika itu dirinya menjadi tumpuan wartawan, tentulah Abby memberitahu wartawan yang hadir di situ untuk mengikutnya bertemu Norman. Maka terjadilah peristiwa ‘drama sebabak’ di lokasi penggambaran drama. Insiden seperti itu memang tak pernah berlaku membabitkan mana-mana artis tetapi kita harus faham derita dan ketegangan yang Abby dihadapi ketika itu.

Ramai menyalahkan Abby kerana dituduh sengaja memanggil wartawan mengikutnya untuk menemui suaminya di lokasi penggambaran. Tetapi cara ajakan Abby bukannya dia menelefon wartawan atau sengaja tetapi ia kebetulan daripada kegagalan Abby untuk menuntut fasakh di mahkamah. Berilah ruang untuk Abby menenangkan fikiran selepas apa yang menimpa nasibnya sebagai seorang isteri. Luahan emosi yang dilakukan adalah jalan terbaik untuknya mencari dan membina kekuatan semula.

Saturday, November 15, 2008

0

Mawi, Ikin nikah penghujung Zulhijjah?

Oleh Akmal Abdullah

NAMPAKNYA cerita artis kahwin terus jadi buruan media massa terutama di kalangan wartawan hiburan. Namun, tahun ini sehingga sebelum Ramadan, belum ada cerita artis kahwin yang benar-benar menggemparkan walaupun ramai juga artis kahwin terutama pada Ogos lalu. Cuma, kisah Maya Karin berkahwin dengan pemuda Inggeris, Steven atau Muhammad Ali yang mendapat perhatian agak lebih dari kalangan peminat dunia hiburan tetapi majlis yang dibuatnya tidaklah sampai pada tahap digelar Wedding of the Year apatah lagi dia bernikah di Itali.

Kini, media massa dan peminat lebih bertumpu pada cerita cinta penyanyi popular negara, Mawi dengan pelakon dan juga model, Ikin yang khabar sedang bertiup kencang mengatakan mereka pasti akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini, iaitu selepas berakhirnya sambutan Aidilfitri dan sebulan Syawal.

Memang Mawi dan Ikin bijak bermain teka teki tetapi pihak media massa semakin dapat menghidu cerita persiapan perkahwinan mereka apatah lagi mereka sudah mula memberi sedikit gambaran mengenai dan beberapa kenyataan Mawi juga menambahkan lagi kesahihan, bahawa pasangan itu akan menaiki pelamin tidak lama lagi.

Pada awalnya, Mawi dan Ikin memang cuba mengelak untuk media massa tahu mengenai hubungan cinta mereka tetapi mereka akhirnya akur bahawa cerita sebegitu sukar untuk disembunyikan apatah lagi nak dirahsiakan kerana orang di sekeliling mereka yang tahu mengenai perkara ini tentunya akan terlepas cakap dan membisikkan kepada orang lain dalam industri hiburan dan akhirnya sampai juga ke telinga wartawan.

Namun, mereka tidaklah begitu berdolak dalik seperti pasangan lain yang hendak berkahwin terutama suatu ketika dulu kecoh mengenai gosip cinta Datuk K dengan Siti Nurhaliza yang asyik menafikan hubungan mereka dan akhirnya tup-tup mereka buat sidang media mengakui akan bersatu sebagai suami isteri.

Begitu juga beberapa pasangan selebriti lain yang sebelum ini ternyata memang sedang bercinta dan hendak berkahwin tetapi dengan muka selamba mereka ini boleh menafikan mereka akan berkahwin sedangkan persiapan sudah dilakukan. Ada pula artis yang berkahwin secara rahsia dan senyap hingga sanggup tidak mahu media merakam foto pernikahan mereka, selain ada artis yang tidak mahu ceritakan siapa pasangan rumah tangganya dan kesudahannya mereka bercerai.

Kisah Mawi dan Ikin akan berkahwin sebenarnya semakin diketahui orang dalam industri hiburan kerana pasangan itu kini sedang rancak membuat persiapan dan khabarnya mereka akan menghadiri kursus nikah pada hujung Oktober atau awal November ini, diikuti persiapan di rumah Mawi dan Ikin bermula pertengahan November dan awal Disember. Sudah tentu tarikh yang menyaksikan detik bersejarah Mawi dan Ikin bakal menaiki pelamin masih menjadi persoalan dan ramai meneka mereka akan bernikah pada Disember juga sebab ia adalah musim cuti persekolahan dan begitu sesuai pada detik itu.

Apapun tarikhnya, berkemungkinan besar Mawi dan Ikin bernikah ialah sekitar pertengahan Disember ini iaitu sebelum sambutan Krismas dan cuti awal Muharram pada 29 Disember ini. Namun, sumber dalam industri hiburan mengatakan Mawi dan Ikin bakal diijabkabulkan pada satu tarikh menjelang hujung bulan Zulhijjah ini, iaitu bulan akhir dalam kalendar Islam. Tunggu dan lihat saja nanti.

Akmal

0

Norman-Memey Lagi....

Sumber : Mingguan Warta Perdana

Kuala Lumpur: Tilam toto, selimut dan tuala lembab dipercayai baru digunakan antara bahanyang ditemui sepasukan pegawai penguatkuasa JAIS. Sewaktu membuat serbuandipejabat pelakon norman hakim 30 oct lalu.

Tiga bahan itu dikatakan ditemui dibelakang sebuah kerusi disamping pasangannyadi aras 1 pejabat pelakon itu.

Semua peralatan ditemui itu akan dijadikan bahan bukti jika kes khalawat normanhakin & pasanganya Suhaiza Suhaimi atau memey dibicarakan dimahkamah.

Sementara itu seorang pegawai penguatkuasa JAIS Daerah Gombakyg menyertai serbuan ke pejabat norman itu berkata, serbuan ke pejabat pelakonitu, dilakukan atas maklumat seorang rakan baik bapa Norman sendiri.

Rakan bapa pelakon itu telah menghubungi kami padakira-kira jam 2 pagi memaklumkan bahawa Norman telah memasuki pejabatnya dan disyaki pasangannya ada bersama katanya.

Ketika pasukan penguatkuasa JAIS tiba, katanya keadaan pejabat itu gelap danmereka mendapati dua kereta dipercayai milik pasangan itu ada di hadapanpejabat.

Setelah melihat kereta ProtonTiara dipercayai milik Norman dan Proton Persona dipercayai milik Memey, kamimengesyaki pasangan itu berada di dalam pejabat.

Difahamkan Mohammad Sophee menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada memey yangmemaklumkan serbuan pegawai penguatkuasa JAIS ke pejabat Norman pagi itu.

Sebaik memasuki aras satu pejabat Norman, anggota penguatkuasa JAIS mendapati memey dalam keadaan terpinga-pinga.

Memey ketika itu bertocang mengenakan baju serta berkot hitam katanya.

Ketika itulah penguatkuasa JAIS mendapati ada sebuah tilam toto belakang sebuahkerusi dan apabila tlam toto itu dibuka didapati ada kain selimut dan tualalembab dalam keadaan berselerak dipercayai baru digunakan.

Kami terusmencari Norman di aras satu tetapi beliau tidak ditemui sehinggalah kamimenaiki tangga ke aras dua.

Setelah puas mencari akhirnya kami menemui Norman menyorok di dalam sebuahbilik stor dan sebaik pintu stor dibuka Norman terus terjatuh; katanya.

Menurut Pegawai Penguatkuasa itu Norman ketika itu hanya memakai kemeja T putih dan berseluar "BOXER" (seluar lelaki).

Sewaktu disoalsiasat, Norman dengan wajah terpinga-pinga menjelaskan dia tinggal di aras duasedangkan memey di aras satu " Kami tinggal berasingan "

Bagaimanapun selepas disoal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteriyang sah, kedua-duanya di bawa ke Balai Polis Taman Melawati kira-kira jam 3.30pagi.

0

Tiada hantaran buat Sharon

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya selalu berfikir akan hidup bujang hingga akhir hayat, tapi ini yang dikatakan takdir dan jodoh,” kata pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20, Rusdi Ramli, 37, mengenai keputusannya bernikah dengan komposer terkenal, Sharon Paul Abdullah.

Hampir 15 tahun hidup sendiri, pelakon utama filem Waris Jari Hantu itu bakal menamatkan zaman duda dengan menikahi kekasihnya, Sharon, Ahad ini.

Ketika dihubungi, semalam, anak pelakon veteran Norlia Ghani itu menjelaskan, majlis pernikahan akan diadakan secara ringkas dan hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Tiada wang hantaran diberikan kepada bakal isteri, sebaliknya hanya mas kahwin dan senaskhah al-Quran akan diserahkan.

Wednesday, November 12, 2008

0

Norman: Cerita Kahwin Hanya Spekulasi!

Teks Oleh Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 7 NOV 2008: Pelakon Abby Abadi atau Arbaeyah Abdul Manan, 30, yang juga isteri kepada aktor Norman Hakim enggan mengulas tentang khabar angin yang mengatakan bahawa suaminya itu sudah pun berkahwin dengan Suhaiza Suhaimi, atau Memey, 20, di Perlis.


"Maaf saya tidak berminat untuk bercakap tentang hal itu. Saya cuma hendak selesaikan kes saya dan tuntut hak saya. Hal lain saya tidak mahu ambil tahu," katanya secara ringkas kepada murai.com.my.


Dia bagaimanapun sudah tekad untuk menuntut cerai daripada Norman selepas kecewa dengan sikap serta tindakan pelakon utama siri Gerak Khas itu yang disifatkannya sebagai terlalu mementingkan diri serta langsung tidak mengharigai kasih sayang dan pengorbanannya selama ini.

Sementara itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhalim Zaidon, 32, pula dalam satu laporan akhbar pada hari ini menafikan bahawa dia sudah pun mengahwini Memey. Hal itu turut disahkan oleh abangnya, Mohd Sophee Zaidon, 44.


"Saya tidak pernah berkahwin dengan Memey. Saya juga tidak pernah menghantar apa-apa borang nikah. Semua cerita itu tidak benar. Ia hanya spekulasi orang saja.

"Saya juga tidak mahu cakap apa-apa lagi tentang hal itu. Saya bimbang ia akan membangkitkan lagi gelodak emosi daripada pihak Abby," katanya sewaktu ditemui pihak media di Masjid Nur Hidayah, Kampung Pandan, malam tadi.


Norman yang lengkap mengenakan baju Melayu putih beserta songkok dan kain pelikat juga turut memberitahu bahawa dia perlukan ruang untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah rumahtangganya dengan Abby sebelum membuat apa-apa keputusan.


"Saya perlukan ruang untuk cari petunjuk. Saya memohon kepada Allah SWT supaya menyelamatkan rumahtangga kami. Apa gerak hati yang terbaik itulah yang datang daripada Yang Maha Esa," katanya lega selepas dapat menunaikan solat hajat dan istikarah bagi mencari petunjuk serta penyelesain terbaik.


Sungguhpun, Norman berkata, seandainya jalan terbaik ke arah penyelesaian itu adalah dengan cara berpisah, dia redha menerimanya. Dia juga kelihatan terkejut dengan kehadiran media yang sama sekali tidak dijangka dalam masjid itu.

Tuesday, November 11, 2008

0

Norman: Antara Kahwin Lagi Dan Cerai...

KL 5 NOV 2008: Macam-macam spekulasi terbit susulan daripada krisis tiga segi Norman - Abby - Memey yang mendapat liputan hangat sekarang, sampai menenggelamkan seketika cerita pilihan raya Senator Obama & McCain di Amerika Syarikat!


Macam-macam gosip dan teori timbul di kalangan wartawan, peminat dan pemerhati serta orang yang rapat dengan mereka.


Sejak menjadi tukang gosip, Murai Batu rasa, inilah antara drama realiti TV paling hebat pernah Murai Batu tengok. Ia bermula dengan babak tangkap basah Norman dengan Memey, diikuti babak Abby mengajak wartawan ke lokasi drama Gerak Khas untuk bersemuka dengan Norman. Kemuncaknya, bila emosi dah tak terkawal, Abby terus minta Norman menceraikannya di depan wartawan!

Jangan Tak Lihat
» Bell Ngasri Main-Main SMS...
» Memey Bersembunyi Di Kota...
» Oops... Apa Kena Dengan D...
» Norman: Antara Kahwin Lag...
» Syed Wafa Dah Terima Baya...

Kata seorang pemerhati, "Wartawan Malaysia ni kira cukup baik. Bila jadi perang macam gitu, dia orang yang jadi tukang penyabar. Bila Abby dah naik hantu, Norman pula cool habis. Kalau dua-dua kepala angin tentu puting beliung dah robohkan Wangsa Maju! Mujurlah seorang api, seorang lagi air."


Ramai pihak melemparkan teori-teori tersendiri. Ada yang cakap Norman dan Memey sebenarnya dah berkahwin di Sempadan Siam. Tapi kalau dah kawin, kenapa Norman menyorok sakan apabila dicekup pada pagi-pagi buta tempoh hari?


Siapa pula yang tiba-tiba muncul membawa kunci untuk membuka premis khalwat mereka? Adakah sudah dirancang? Adakah oleh Abby sendiri atau pihak yang kesiankan Abby?


Tapi lebih sensasi, ada pula cakap, Norman dan Memey sendiri yang sengaja mahu dicekup supaya mereka dapat kahwin selepas ini. Haa, itu lagi brutal!


Kenyataan itu kebetulan disokong oleh kenyataan Norman dalam akhbar hari ini yang mengaku tidak kisah memperisterikan Memey. Adakah mereka akan berkahwin atau adakah mereka hanya perlu mengesahkan perkahwinan mereka? Semua ini hanya andaian masyarakat dan Murai Batu hendak tunggu dan lihat apa akan terjadi seterusnya.


Walau apapun, Murai Batu bersimpati dengan Abby kerana dia terpaksa menerima ini semua dalam tempoh hari berpantang. Tapi yang nyata, apabila Abby hendak minta cerai dari Norman, ia mesti berlaku di lokasi penggambaran Datuk Yusof Haslam. Dulu di Chow Kit, sekarang pula di Wangsa Maju. Kita tak mahu ia menjadi penceraian jalanan, harap-harap tidak!