Anuar Zain |
SETIAP petang kalau tidak ada sibuk atau keluar buat tugasan, Cik Normah lebih suka melepak dan berbual-bual dengan kawan-kawan di kafe pejabat. Iyerlah, malas juga nak keluar, tambahan pula sejak akhir-akhir ini, hujan asyik turun. Lebat pula tu. Nanti kembang pula kasut mahal yang Cik Normah selalu pakai. Kasut jenama apa, itu Cik Normah tak boleh bagi tahu, nanti dikatakan hendak menunjuk-nunjuk pula. Tapi boleh tahan mahal jugalah sebab Cik Normah beli kat Paris.
Dalam asyik berbual tu, tiba-tiba terpacul cerita pasal Anuar Zain yang sekarang sedang bermain cinta dengan pemain boling negara. Wow! Ini cerita hangat pasal penyanyi yang jadi pujaan kebanyakan wanita. Cik Normah pun suka juga pada Anuar, tapi cinta Cik Normah tentulah pada suami tersayang. Suka Cik Normah pada Anuar hanya setakat peminat dan penyanyi saja.
Siapa pemain boling negara itu, biarlah jadi rahsia. Tapi bagi Cik Normah bertuah pemain itu sebab berjaya menambat hati si Anuar. Malah Cik Normah juga dapat tahu Anuar turut membawa pemain boling yang manis ini bertemu dengan keluarganya.
Kalau dah sampai tahap macam ni, Cik Normah rasa sahlah, ini bukan setakat kawan biasa lagi. Tapi ini cerita daripada orang. Hanya Anuar yang boleh mengesahkannya. Tapi kalau hendak tanya pada Anuar, hendak ke dia mengaku ni?
Macam manapun, tak apalah. Selepas ini, ramailah yang akan pergi ke gelanggang boling, manalah tahu kalau boleh terserempak Anuar bermain boling dengan kekasihnya tu.



0 comments:
Post a Comment