Tuesday, February 10, 2009

0

Nor Aliah, TY Kahwin Hujung Tahun?

6-Feb-2009 | Oleh: Murai Batu




KL, 6 FEB 2009: Sebenarnya sudah lama Murai Batu hendak tulis pasal janda cantik, Nor Aliah Lee, 37, dan kekasihnya, Tengku Yusof Tengku Zainal Karib atau nama timangannya TY, 43, tapi baru sekarang masa yang paling sesuai sebab masing-masing tengah 'panazz'.

Kebetulan Murai Batu tengah tercari-cari di mana Murai Batu simpan gambar mereka berdua yang Murai Batu ambil dalam satu majlis anugerah besar di Kuala Lumpur, tidak lama dulu. Maklumlah Murai Batu ni ada banyak sangat koleksi folder gambar. Ada folder yang boleh on dan ada pulak yang kena off record.

Sebenarnya Murai Batu tergelak apabila terbaca satu artikel dalam sebuah akhbar yang melaporkan Nor Aliah sudah tidak tahan hidup menjanda! Sebab ia nampak macam Nor Aliah dah tak tahan lagi (sangap) hendak bersuami walhal pada pengetahuan Murai Batu hubungan dia dengan TY itu sangat cool dan relaks.



Selain itu, Murai Batu juga tahu sejak akhir-akhir ini Nor Aliah dan TY, duda anak 2 itu banyak dikomen dan dihentam dalam blog-blog hiburan di Internet gara-gara gambar mereka dimuat naik termasuk dari Facebook Nor Aliah sendiri. Khabarnya Norliah sedih kerana sesetengah pihak memutarbelitkan fakta hubungan mesra dan percintaan mereka itu.

Bukan itu saja, gambar mereka bersama rakan artis termasuk Fizow ketika pergi menonton showcase Marcell di KL pun telah jadi bahan gosip hangat. Biasalah Nor Aliah, awak tu kan artis, tentulah semuanya akan jadi perhatian bukan? Dalam dunia Internet yang bergerak begitu pantas ini, macam-macam boleh berlaku. Sabar ajelah. Malah gambar eksklusif dari murai.com.my ini pun asyik kena cilok oleh bloggers lain!

Yang penting, Murai Batu dapat tahu dari sumber terdekat dengan Nor Aliah bahawa dia dan TY akan berkahwin pada hujung tahun nanti! Haa, eksklusif tu... jadi siapa cakap hubungan mereka itu sekadar main-main? Mereka telah berkawan lebih setahun lalu dan tidak mustahil akan berakhir dengan perkahwinan. Kita doakan saja yang baik-baik.

0

Nabil, Irma Tengah Main-Main Cinta!

3-Feb-2009 | Oleh: Murai Batu



KL, 3 FEB 2009: Amboi... bukan main asyik lagi si Nabil Raja Lawak 2 dan pelakon cantik Irma Hasmie berdating ekkk... Murai Batu dah tahu kat mana port mereka suka lepak-lepak, berbual dan bermain mata. Kalau dah masing-masing tinggal berjiran di kawasan Damansara, maka The Curvelah tempat mereka selalu memadu cinta. Haaa, kantoi..


Rasanya, ketika ini ramai wartawan dan peminat dah tahu mereka semakin intim. Intim bersahabat ke atau bercinta?


"Buat masa ini saya tidak mahu declare apa-apa lagi. Terlalu awal nak panggil diri kami lovers. Kami berdua kena study lagi diri dan hati budi masing-masing apabila dah sesuai, kami akan declare," akui Nabil kepada rakan baik Murai Batu, malam tadi.


Soalan cepumas atau 'Slumdog Millionaire' - adakah ibu bapa Irma dah berjumpa dengan Nabil yang tengah meletup-letup dengan filem Sifu & Tongga yang laris iteww?


"Aiii, itu pun belum lagi. Macam saya cakap tadi, kami hanya berkawan dan lebih banyak bergayut dalam telefon. Saya suka Irma sebab dia boleh layan jokes saya. Irma pun kelakar dan suka buat lawak," kata Nabil pada kawan Murai Batu itu lagi.


Hah, yang pasti itulah bunga-bunga cinta pasangan yang tengah popular ketika ini. Nabil, 26, dulu pernah rapat dengan seorang gadis dari Universiti LimKokWing bernama Mira manakala Irma, 27, pula pernah putus cinta dengan Farid Kamil.


Murai Batu harap, Nabil dan Irma akan siramkan putik kasih mereka menjadi bunga-bunga cinta. Mana tahu tahun ini kita akan melihat satu lagi pertunangan atau perkahwinan yang romantis. Auuuuw, Murai Batu jugak yang janda macam Mak Minah Lodging!

0

Ayah Dakwa Mas AF2 Telah Diperdaya

8-Feb-2009 | Oleh: Ellyna Ali



Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 8 FEB 2009: "Mas tidak gila. Dia hanya menerima tekanan perasaan akibat masalah peribadi yang dihadapinya bersama teman lelakinya. Macam-macam yang Mas cerita tapi selama berkawan dengan lelaki itu, Mas mendakwa dia telah diperdaya serta dipergunakan sehingga tidak menyedari apa yang telah berlaku," kata ayah Mas, Ghani Gibie, 69, selepas menemui Mas di Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur, petang semalam.


Kenyataan Ghani itu dimaklumkan kepada kakitangan pihak Maestro Talent & Management, Othman Mahmood atau Man Bangla. Ghani selamat tiba di Kuala Lumpur tengah hari semalam selepas diterbangkan dari Tawau, Sabah dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia bagaimanapun enggan menemui pihak wartawan buat masa ini.



Man berkata, ayah Mas itu hanya akan sedia bertemu wartawan sekiranya dia mendapat lebih banyak penjelasan daripada Mas sendiri berhubung kemelut itu. Selain itu, Ghani juga tidak membenarkan teman lelaki Mas, Rock atau nama sebenarnya, Shahrul Mohd Shahril bertemu Mas buat masa ini.


Kata Man lagi: "Cukuplah dulu buat masa ini. Kami juga perlukan masa untuk meneliti perkara ini. Tapi apa yang boleh saya katakan, Mas kini berada dalam keadaan yang sihat serta OK. Dia juga tidak ditempatkan di wad yang sama dengan pesakit jiwa yang lain. Sebaliknya, dia ditempatkan di bilik rawatan bagi pesakit tekanan emosi biasa."


Man berkata, Mas bagaimanapun terkejut apabila membaca laporan berita tentang dirinya dalam media yang dianggap sudah diputarbelitkan.


"Mas berkata banyak perkara yang dilaporkan tidak benar kerana dia tidak pernah memberikan kenyataan seperti yang didakwa oleh temannya itu (Rock)," kata Man lagi.

Sehubungan itu, bintang Akademi Fantasia (AF) kelahiran Tawau, Sabah ini akan mengadakan sidang media khas untuk membuat penjelasan berhubung segala kekusutan yang melandanya.


Tentang misteri kerugian sebanyak RM20,000 selepas ditipu seseorang sebagaimana yang dilaporkan Mas di Balai Polis Ampang, baru-baru ini, ia juga akan terjawab dalam sidang media itu nanti.