Wednesday, November 12, 2008

Norman: Cerita Kahwin Hanya Spekulasi!

Teks Oleh Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 7 NOV 2008: Pelakon Abby Abadi atau Arbaeyah Abdul Manan, 30, yang juga isteri kepada aktor Norman Hakim enggan mengulas tentang khabar angin yang mengatakan bahawa suaminya itu sudah pun berkahwin dengan Suhaiza Suhaimi, atau Memey, 20, di Perlis.


"Maaf saya tidak berminat untuk bercakap tentang hal itu. Saya cuma hendak selesaikan kes saya dan tuntut hak saya. Hal lain saya tidak mahu ambil tahu," katanya secara ringkas kepada murai.com.my.


Dia bagaimanapun sudah tekad untuk menuntut cerai daripada Norman selepas kecewa dengan sikap serta tindakan pelakon utama siri Gerak Khas itu yang disifatkannya sebagai terlalu mementingkan diri serta langsung tidak mengharigai kasih sayang dan pengorbanannya selama ini.

Sementara itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhalim Zaidon, 32, pula dalam satu laporan akhbar pada hari ini menafikan bahawa dia sudah pun mengahwini Memey. Hal itu turut disahkan oleh abangnya, Mohd Sophee Zaidon, 44.


"Saya tidak pernah berkahwin dengan Memey. Saya juga tidak pernah menghantar apa-apa borang nikah. Semua cerita itu tidak benar. Ia hanya spekulasi orang saja.

"Saya juga tidak mahu cakap apa-apa lagi tentang hal itu. Saya bimbang ia akan membangkitkan lagi gelodak emosi daripada pihak Abby," katanya sewaktu ditemui pihak media di Masjid Nur Hidayah, Kampung Pandan, malam tadi.


Norman yang lengkap mengenakan baju Melayu putih beserta songkok dan kain pelikat juga turut memberitahu bahawa dia perlukan ruang untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah rumahtangganya dengan Abby sebelum membuat apa-apa keputusan.


"Saya perlukan ruang untuk cari petunjuk. Saya memohon kepada Allah SWT supaya menyelamatkan rumahtangga kami. Apa gerak hati yang terbaik itulah yang datang daripada Yang Maha Esa," katanya lega selepas dapat menunaikan solat hajat dan istikarah bagi mencari petunjuk serta penyelesain terbaik.


Sungguhpun, Norman berkata, seandainya jalan terbaik ke arah penyelesaian itu adalah dengan cara berpisah, dia redha menerimanya. Dia juga kelihatan terkejut dengan kehadiran media yang sama sekali tidak dijangka dalam masjid itu.

0 comments: