Friday, January 16, 2009

Awan Dania Sama Macam Siri Jepun?

12-Jan-2009 | Oleh: Murai Batu




KL, 12 JAN 2009: Sekarang ramai orang suka tonton drama bersiri Awan Dania yang disiarkan di Astro Ria. Sebabnya, kisah yang ditonjolkan oleh siri ini memang lain daripada yang lain. Ia tentang dunia penerbangan yang selalu kita nampak menarik dan tertarik.

Malah bagi yang tak pernah terbang, mereka pun rasa nak terbang bersama jelitawan Awan Dania. Tapi jangan marah, Murai Batu memang sudah selalu terbang, maklum sajalah, nama pun dah burung. Dan Murai Batu pun suka sangat siri itu dan selalu tengok dengan anak-anak buah.

Tapi di sebalik populariti siri itu, Murai Batu dikhabarkan oleh pula segelintir peminat fanatik yang mengatakan jalan cerita dan watak dalam drama bersiri itu mirip drama bersiri berbahasa Jepun, Attention Please. Hai, betul ke?



Katanya, kerana terlalu minat dengan drama Jepun itu, dia sudah membeli DVD siri berkenaan sebagai koleksi peribadi.

Kata peminat itu, watak utama Awan Dania lakonan Scha Al-Yahya tidak banyak bezanya dengan watak utama Attention Please iaitu Misaki Yoko (lakonan Ueto Aya). Dia seorang yang kasar dan berperwatakan macam tomboy.

"Seperti Attention Please, Awan Dania pun ada watak pramugari sombong yang datang dari keluarga berada. Cuma bezanya, produksi tempatan tidak menunjukkan situasi lebih mendalam ketika bertugas dalam pesawat dan babak cintanya pun tidak dikembangkan sehebat Attention Please," katanya.

Bagi Murai Batulah, semua itu tak menjadi kisah. Dalam dunia hiburan, memang sudah banyak drama dan filem ada kes persamaan. Yang penting, cara olahannya kena menarik, penonton terhibur dan kisahnya disesuaikan dengan budaya tempatan kita.

0 comments: